Bukan semua orang datang F1 Malaysia 2026 kat Sepang semata-mata nak tengok kereta laju. 🏎️
Untuk usahawan mikro Natasha Baharuddin, F1 jadi peluang emas untuk kenalkan produk dia pada pelanggan baru.
Siap ada pelanggan yang datang balik dalam masa tak sampai 5 minit! Katanya:
“Saya repeat sebab kedai abang kemas & bersih.”
Dan yang lagi best, gerai Natasha sold out seawal 1.30 petang pada hari kedua. Ramai yang datang lepas nampak produk dia dalam video KL Foodie dan perkongsian kat Threads. 🔥
Tengok harga menu ni, memang tak hairan la ramai repeat:
- Tauhu bergedil ayam/daging: 4 biji RM10
- Keria gula Melaka: 4 biji RM6
- Nugget / hotdog / squid ball: 3 cucuk RM10
View this post on Instagram
Murah gila untuk harga dalam kawasan F1, kan? 😳
Peniaga kecil, pentas besar
Rupanya Natasha antara 40 usahawan mikro tempatan yang berniaga di G Hillstand menerusi program Litar Rasa MADANI oleh KUSKOP, di bawah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.
Diorang bukan setakat dapat tempat berniaga, tapi kos nak masuk pun jauh lebih rendah.
Kalau vendor komersial biasa kat G Hillstand, sewa tiga hari boleh cecah RM6,250 (belum masuk SST), tambah lagi 15% komisen daripada jualan dan kos lesen niaga RM180 😬
Tapi untuk usahawan Litar Rasa MADANI:
- Sewa tapak: RM0
- Komisen jualan: RM0
- Lesen perniagaan: RM180 je
Booth, meja, kerusi, chiller, kipas dan set-up asas pun semua disediakan. Jadi peniaga cuma perlu fokus pada stok, pekerja dan jualan.
Patutlah harga boleh kekal mesra poket! 👏
Korang sempat singgah gerai Natasha masa F1 hari tu? Share kat komen! 👇



Pengunjung pun ada pilihan lebih mesra poket
Dengan kos berniaga yang lebih rendah, peniaga juga mempunyai lebih ruang untuk mengekalkan harga pada kadar yang berpatutan.
Antara harga yang ditawarkan di Litar Rasa MADANI ialah:
- Dessert — dari RM1
- Air mineral — RM3
- Waffle — RM6–RM7
- Nasi lemak ayam rendang — RM15

Bukan setakat gerai Natasha je. Kat situ ada nasi kerabu, laksa, patin tempoyak, keropok lekor dan macam-macam lagi makanan tempatan. Memang syurga makanan la! 🤤
Untuk info, G Hillstand ni zon Tiket MADANI, cuma RM200 untuk tiga hari. Ada 10,000 tiket khas untuk pemegang MyKad tau. 🎟️
Bagi Natasha, berniaga kat F1 ni rupanya lebih dari sekadar buka gerai tiga hari. Pelanggan datang repeat, gerai sold out, dan produk dia mula viral kat media sosial. Rezeki tak disangka! ✨
