Zaman sekarang ramai orang berebut-rebut mahu dapatkan tips dan cara untuk kuruskan badan secara sihat. Selain untuk menjaga penampilan, menurunkan berat badan adalah satu kemestian bagi menjaga kesihatan.
Menurut Nextshark, pada awal tahun 2017, personaliti YouTube rancangan MyKoreanHusband, Hugh Gwon telah berkongsi transformasi penurunan berat badannya. Bukannya dipuji tetapi dia sebaliknya telah mendapat kritikan hebat daripada netizen.
Hugh memberitahu dalam rancangannya bahawa dia ingin menurunkan berat badan supaya lebih sihat sebelum menerima kedatangan cahaya mata pertamanya memandangkan isterinya, Nichola sedang mengandung. Baginya, ini adalah masa yang paling tepat untuk mula menjaga kesihatan demi anak dan isterinya.
Dengan berkat hasil usahanya tanpa putus asa, Hugh telah berjaya menurunkan berat sebanyak 22kg dalam masa 23 minggu sahaja. Tranformasinya yang menakjubkan ini telah mendapat perhatian netizen kerana kebanyakan mereka terpukau dengan perubahannya yang drastik. Siapa tak terpukau!
Meskipun begitu, terdapat juga kecaman hebat daripada netizen yang tidak semena mena mengutuk berat badan isterinya walaupun mereka sedia maklum bahawa isterinya sedang mengandung pada waktu itu.
Bukan itu sahaja, mereka turut memfitnah Hugh dengan mengatakan bahawa dia telah membuat pembedahan plastik dan telah mencurangi isterinya dengan jurulatih peribadi. Jahatnya!
Isterinya, Nichola telah memuat naik tentang isu ini di laman media sosial miliknya dan menyatakan kekesalan dengan perkara-perkara negatif yang telah diperkatakan oleh netizen.
Wanita itu turut berang kerana ada individu yang kecam tindakan suaminya menurunkan berat badan demi anak serta isteri, bukan untuk dirinya sendiri. Tak cukup dengan itu, individu itu turut menyuruh Hugh untuk meninggalkan isterinya kerana dia nampak lebih sesuai dengan pembantu peribadinya berbanding dengan Nichola. Eh, macam tu pun boleh?
Walau bagaimanapun, mereka berdua tidak mahu perkara ini untuk mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Difahamkan Nichola kini telah pun bersalin dan mereka gembira menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan ibu bapa kepada anak lelaki mereka, Yul.
Oi! Jahatnye netizen ni! Siap suruh tinggalkan isteri. Apa punya perangai ni?