Adakah netizen dan orang zaman sekarang terlalu sensitif sehingga tidak boleh menerima teguran demi kebaikan diri sendiri? Terkadang sesuatu isu nampak remeh tapi boleh jadi besar kerana mendapat kecaman netizen.
Ini semua bermula dengan tweet daripada seorang doktor pakar, Dr Rafidah Abdullah yang menegur secara rawak seseorang di meja sebelahnya yang mengambil makanan berkalori tinggi walaupun BMI sudah lebih daripada 40.
“Tatkala saya menjaga kalori makan popia basah (satu 90kal). Meja sebelah badan BMI > 40 tapi makan char kuay teow tanpa rasa bersalah.”
Tweet daripada Dr Rafidah yang bertujuan untuk menegur itu secara tidak semena-mena mendapat kecaman daripada netizen yang berpendapat dirinya sebagai menyindir dan tidak memahami keadaan seseorang yang berbadan besar.
Tidak cukup dengan itu, Dr Rafidah juga turut dilabel sebagai ‘fat shaming’. Fat shaming menurut Urban Dictionary ialah tindakan dengan sengaja atau tidak sengaja mengejek seseorang kerana menjadi gemuk atau mengecam individu ini sebagai seorang yang tidak berguna, pemalas dan menjijikkan hanya kerana tubuh badan mereka yang gemuk. Ugh teruknya!
Menyedari dirinya menjadi topik kecaman, Dr Rafidah akhirnya mengeluarkan kenyataan di laman Facebook untuk memperjelaskan statusnya di Twitter sebelum ini.
Menerusi entri di Facebook, Dr Rafidah sendiri mengakui bahawa dia tidak memahami apa maksud istilah fat shaming yang disebut oleh netizen. Baginya, ia merupakan teguran ikhlas buat mereka yang berbadan besar dan sebagai doktor, menjadi tugasnya untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Dia juga berpendapat, menjadi gemuk itu bukanlah suatu perkara yang baik. Lebih baik kuruskan badan untuk kekal sihat daripada sebarang penyakit. Ada betul juga tu!
“Maaf, saya tak setuju #gemukisawesome. Terimalah kenyataan, tengok cermin anda. Mesti ada realisasi yang anda bermasalah. Datang ke klinik dan nyatakan hasrat murni anda untuk kuruskan badan. Banyak program yang anda boleh sertai InsyaAllah.”
Entri Dr Rafidah di Facebook ini telah mendapat pujian dan sokongan daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan apa yang dibincangkannya. Malah ada juga di kalangan netizen risau dengan pemikiran sesetengah pihak yang cepat tersentap apabila ditegur. Hmm… sikit-sikit nak kecam kan?
Anda rasa bagaimana? Ada betul juga kan cakap doktor ni. Teguran tersebut pun untuk kebaikan diri kita juga. Janganlah cepat menghakimi dan ambil nilai yang baik daripada teguran ini.
Baca: “Kalau dah satu dorm kau sumbatkan macam ayam dalam reban..” – Lelaki Hina Tragedi Kebakaran Dikecam