TERKINI: SOP Hanya 17 Pelajar Dibenarkan Dalam Satu Kelas Bila Sekolah Dibuka

Jadikan sumber pilihan di Google
TERKINI: SOP Hanya 17 Pelajar Dibenarkan Dalam Satu Kelas Bila Sekolah Dibuka

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin berkata kementerian itu sudah membuat percubaan di lapangan bagi menentukan jumlah pelajar yang wajar dalam satu kelas mengikut keluasan. Ini bagi memastikan penjarakan sosial dapat dilaksanakan untuk mengelak penularan Covid-19 apabila dibuka nanti.

Sebaik saja sesi persekolahan dibuka semula, satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum 16 dan 17 pelajar pada satu-satu masa, lapor Berita Harian.


Sekolah1Sumber: Gambar hiasan

Beliau berkata ianya adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan sekolah pasca Covid-19 yang akan diperincikan lagi pihaknya nanti.

“Kalau dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baharu ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.”

“Ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah dua. Selain itu, kita perlu melihat bagaimana nak jalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.”

Sekolah2Sumber: Berita Harian

“Justeru, kementerian sudah ada beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan selepas COVID-19 reda dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa kita kompromi keselamatan mereka.”

Selain itu, SOP di kantin juga akan diperketatkan dengan memastikan tempat itu tidak sesak seperti kebiasaan kerana risiko jangkitan menjadi lebih tinggi.

Sekolah3Sumber: Gambar hiasan

Makanan akan dibungkus dan garis panduan makan di kantin akan disediakan di mana ia membabitkan bila serta di mana pelajar akan makan.

“Kementerian akan memastikan SOP itu dapat dipatuhi sepenuhnya melalui pembukaan sesi pembelajaran kepada pelajar kelas peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam terlebih dahulu, sebelum dibuka kepada tahap lain.”

Baca: [TERKINI] Kerajaan Persekutuan Dijangka Umum Pembukaan Semula Masjid Minggu Ini

Ft 1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

TERKINI: SOP Hanya 17 Pelajar Dibenarkan Dalam Satu Kelas Bila Sekolah Dibuka
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sop-hanya-17-pelajar-dibenarkan-dalam-satu-kelas-bila-sekolah-dibuka/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen