[TERKINI] Kerajaan Persekutuan Dijangka Umum Pembukaan Semula Masjid Minggu Ini

Jadikan sumber pilihan di Google
[TERKINI] Kerajaan Persekutuan Dijangka Umum Pembukaan Semula Masjid Minggu Ini

Sehingga kini rakyat yang beragama Islam masih ternanti-nanti pengumuman kerajaan sama ada membenarkan atau tidak solat berjemaah di masjid dalam negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Selepas mengadakan perbincangan dan muzakarah, Kerajaan Persekutusan dijangka akan mengumumkan mengenai pembukaan semula masjid pada minggu ini, Sinar Harian.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai kaedah terbaik untuk membenarkan umat islam di negara ini menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau.

A1B61F7Acdc86Cccf27557C588E169D5Sumber: MalaysiaKiniA1B61F7Acdc86Cccf27557C588E169D5Sumber: MalaysiaKini

“Perbincangan mengenai tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) solat di masjid sudah dilakukan Jumaat lalu menerusi Muzakarah Hal Ehwal Islam.

“Kita mengambil kira pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada SOP yang perlu dilakukan.”– Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary

Beliau berkata perkara tersebut akan dibawa ke kabinet sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Dalam seminggu ini mungkin akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian barangan asas kepada Exco Majlis Pimpinan Negeri Rakan Siswa Yadim, Muhamad Haniff Fitri Muhd Sawadi melalui Program Musa’adah Covid-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.

 

Baca : Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi- Ismail Sabri Jawab Isu Solat Jumaat  Tarawih

22 3

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[TERKINI] Kerajaan Persekutuan Dijangka Umum Pembukaan Semula Masjid Minggu Ini
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/terkini-kerajaan-persekutuan-dijangka-umum-pembukaan-semula-masjid-minggu-ini/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen