in

“Sok bijak lu anjing, pergi pindah lu ke Malaysia” – Gadis Indo ‘Back-up’ Malaysia Dikecam Penyokong Garuda

Collage 10

Macam yang korang tahu, malam tadi merupakan perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Indonesia.

Berita baiknya, pasukan Harimau Malaya berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2 mengalahkan pasukan Garuda.

Namun, yang tak sedapnya, sejak penyokong Harimau Malaya tiba di Stadium Gelora Bung Karno, dorang telah disambut dengan balingan batu dan air kencing serta rusuhan selepas perlawanan tamat hingga penyokong kita sampai tak boleh nak keluar dari stadium. Mana semangat kesukanan ni?

“Sumpah aing mah malu liat kelakuan org indo yg sebegitunya”

Ekoran dari kejadian yang menjadi topik hangat di media sosial ini, seorang wanita dari Indonesia telah menyatakan rasa tak puas hatinya di Twitter dengan tindakan penyokong negaranya ini.

Screenshot 2019 09 06 At 10.18.38 Am Screenshot 2019 09 06 At 10.19.19 Am

“Mereka gak setolol warga kita sampe lempar batu”

Menurut wanita ini lagi, dia pernah menonton perlawanan bola di Malaysia pada tahun 2017 siap berpakaian lengkap jersi Indonesia namun tak ada pulak dia dilempar batu.

Screenshot 2019 09 06 At 10.38.25 Am

Screenshot 2019 09 06 At 10.22.19 Am

“Sok bijak lu anjing”

Namun, tweetnya ini buatkan beberapa orang Indonesia yang marah dengannya. Siap ada yang suruh dia pindah ke Malaysia lagi. Kita ni memang tak boleh nak berdamai ke? 🙁

Screenshot 2019 09 06 At 10.28.18 Am Screenshot 2019 09 06 At 10.28.45 Am Screenshot 2019 09 06 At 10.29.19 Am

Admin harap kalau ada perlawanan dekat sini nanti, penyokong kita tak balas balik macam apa yang dorang buat. Kalau tak, sampai bila-bila pun tak berkesudahan.

 

Baca: “Kami disini terus menjadi ekor harimau sejati…” – Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Istimewa’ Buat Harimau Malaya

Screenshot 2019 09 06 At 10.55.37 Am