in

“Sisi yang ramai tidak tahu” – Arwah Abam Dikhabarkan Tolak Job RM 5,000 Demi Program Dakwah Hanya RM 500

Abam2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita pemergian  Arwah Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey) memberikan impak kepada rakyat Malaysia.


Berikutan itu, sikap mulia arwah ini banyak didedahkan oleh pelbagai pihak, mungkin nak lepas rindu agaknya, kami yang baca ni pun turut rasa sebak.

 

Kita berbalik pada islam”

Eqy0 Zku0Aetwjg

Satu screenshot mesej dikhabarkan daripada arwah sewaktu membuat rundingan diajak untuk ke sebuah program dakwah viral di Twitter.

Dikatakan, arwah sanggup tolak tawaran yang bernilai RM5,000 demi sebuah satu job yang hanya RM500 untuk sebuah program dakwah.

Dikatakan mesej rundingan itu merupakan jemputan untuk program dakwah pada malam tahun baru lepas dimana arwah merupakan salah satu tetamu undangan.

Eqy0 Znvaaajprs

“Sisi yang ramai tidak tahu. Dikhabarkan arwah menolak 1 job dengan bayaran RM5,000.00 untuk menerima tawaran hanya RM500.00…. Tinggalkan habuan dunia untuk akhirat. Berbahagialah abam..Semoga Allah menerima segala amal baik engkau.”

Perkongsian yang mengundang rasa sebak itu telah mencapai hampir 3,000 jumlah retweets dalam masa kurang 24 jam ia dimuat naik.

Malah, ada netizen yang kongsikan gambar ketika melakukan solat jenazah untuk arwah yang dikerumuni oleh ramai orang.

Sebelum ini ramai yang mendedahkan sikap mulia arwah Abam, jelaslah disini arwah seorang yang disenangi ketika dia hidup.

Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat terutamanya Fad dan Achey atas kehilangan orang tersayang, semoga arwah di tempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah.

 

Baca : “Sahabat artis, belajarlah dari Abam…” – Apa Saja Program Dakwah, Abam Sanggup Buat Walaupun Bayaran Tak Tinggi

Abam 2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.