in

“Sahabat artis, belajarlah dari Abam…” – Apa Saja Program Dakwah, Abam Sanggup Buat Walaupun Bayaran Tak Tinggi

Abam Dakwah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai insan yang mengenali Abam Bocey secara dekat berkongsi kisah kebaikannya ketika hayatnya. Abam, 32, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey telah dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak jam 7.20 malam.


Selepas selesai proses bedah siasat, jenazah Abam disolatkan dekat Masjid Gombak Utara oleh lebih 2,000 jemaah yang hadir terdiri daripada keluarga, sahabat handai, rakan artis serta peminat.

Kebumi1
sumber: facebook
Kebumi4
sumber: berita harian

 

Arwah disenangi dan disayangi

Ramai yang hadir memenuhi ruang masjid untuk melakukan solat jenazah menunjukkan betapa arwah disenangi dan disayangi ramai.

Terpanggil untuk berkongsi dengan netizen, PU Rahmat yang mengenali arwah secara dekat telah mendedahkan kisah kebaikan arwah ketika masih hidup.

Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat jumaat. Sampai luar masjid. Apa amalan Al Marhum Syed Umar?”

Kebumi2

Kebumi3
sumber: facebook

 

Maafkan sesiapa yang kutuk gemuk…

Menurut PU Rahmat, arwah sentiasa memaafkan semua orang yang kutuk saiz badannya serta tidak ambil hati. Arwah juga pernah berkata dia tidak marah jika dia dikutuk tetapi hanya akan marah jika ada yang mengutuk anaknya.

Kalau kutuk saya takpe tapi jangan kutuk anak saya.”

Abam3
sumber: blog

 

Lawan body shaming dengan bergaya.

Antara kata-kata arwah paling diingati adalah ‘gemuk is awesome’ dan pernah dipertikai kerana orang ramai berkata gemuk itu tidak sihat dan berpenyakit. Tapi sebenarnya dia tak bermaksud dan menggalakkan orang gemuk supaya kekal gemuk.

Niatnya adalah supaya orang gemuk ada keyakinan diri kerana selalunya akan menjadi mangsa buli dan dihina.

Selalu sangat orang gemuk di buli dan di hina . Kemudian sebelum dia meninggal . Dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkilo-kilo. Sebab apa? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan.”

 

Rajin pergi ke program dakwah

Antara sifat arwah yang mungkin tidak diketahui ramai, arwah memang tidak berkira dan rajin untuk menghadiri program dakwah. Seperti yang dikongsi Ustaz Ebit Lew semalam, PU Rahmat juga berkata Abam memang sukakan aktiviti berdakwah.

Pernah sekali, rakan PU Rahmat mahu menjemputnya namun tidak mempunyai bajet yang tinggi. Tetapi Abam tetap terima dan sanggup datang kerana suka program dakwah sebegitu.

Kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal. Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi.”

Abam5
sumber: blog

PU Rahmat juga turut memuji Shahrol Shiro kerana sama seperti Abam yang tidak berkira untuk buat program dakwah dan turut mengajak selebriti lain mencontohi sikap mereka itu.

Ni dua pelawak Yang tak berkira kalau buat program dakwah. Kepada sahabat artis yang lain, jom kita belajar dengan Almarhum Abam. Kita ajak kebaikan.”

 

Kerja kuat demi mak

Abam pernah sebut, dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia. Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling.”

Abam1
sumber: gempak

 

Semoga kebaikan arwah ketika hayatnya menjadi inspirasi dan dicontohi… Al Fatihah

Baca: “Dia nak ikut pergi tepi jalan berdakwah…” – Ustaz Ebit Lew Buka Mulut Tentang Kebaikan Abam Untuk Keluarga

Abam Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.