in

“Siapa 2 lelaki dalam rumah tu”- Remaja 19 Tahun Rogol Ibu Tunggal 5 Anak Tapi Netizen Pelik Sebab…

Featured 18

Siapa 2 lelaki dalam rumah ibu tunggal itu?

Kenapa 2 lelaki itu tinggal dalam rumah wanita tersebut?

Apa hubungan mereka?

Itu antara persoalan yang ditinggalkan netizen berhubung kes rogol dan bunuh di dalam sebuah rumah yang berlaku di Bachok, Kelantan semalam.

Seorang lelaki maut ditikam, manakala seorang lagi cedera selain seorang wanita yang merupakan ibu tunggal dirogol individu dikenali, lapor Harian Metro.

Menurut laporan, dalam kejadian pukul 7 pagi itu suspek telah memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum merogol wanita 5 anak itu di dalam sebuah bilik.

4 12

Suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di tengkuk mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas dirogol, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal itu menjerit menyebabkan dua lelaki yang sedang tidur di ruang tamu dan dapur rumah berkenaan terjaga dan cuba menangkap suspek.”- Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah

Bagaimanapun lelaki berusia 28 tahun maut ditikam di perut dan dada manakala seorang lagi yang merupakan rakannya berusia 25 tahun cedera.

2 22

Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri.

“Kita masih menyiasat hubungan serta kenapa dua lelaki yang meninggal dunia dan cedera itu tinggal di rumah ibu tunggal berkenaan.”

Katanya polis kini sedang memburu lelaki berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Ahmad Azwanizam Zamri, 19, dipercayai tinggal di sekitar Bachok.

1 29

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

 

Baca : Ayah janji nak belikan phone baru Gadis 13 Tahun Dirogol Bapa Tiri Semasa Ibu Pergi Ke Majlis Bacaan Yassin

5 4

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro