in

“Ayah janji nak belikan phone baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Bapa Tiri Semasa Ibu Pergi Ke Majlis Bacaan Yassin

Feature Image Yasinan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni memang dah banyak kali media mendedahkan mengenai kisah seorang bapa yang sanggup menodai anak kandung sendiri sehingga hamil.


Terbaru, seorang lelaki bagaikan haruan makan anak apabila dia didapati telah merogol anak tirinya berusia 13 tahun sehingga mengandung 7 bulan.

Xifnv01Bsomjpgqzocj9
Sumber: kumparan

Menurut portal Tribun Jakarta, gadis malang itu telah diperkosa oleh bapa tirinya sejak tahun 2018 lagi sehingga tahun ini.

Perbuatan terkutuknya itu diketahui apabila tubuh badan mangsa berubah menjadi seperti seorang yang mengandung walhal dia baru berumur 13 tahun.

Setelah di siasat, gadis malang itu rupa-rupanya memang sedang mengandung akibat di rogol oleh bapa tirinya.

Kejadian ini dilakukan semasa ketiadaan ibu mangsa dirumah. Ibu mangsa dikatakan akan pergi ke majlis bacaan yassin pada setiap malam jumaat.

Mangsa juga sering diugut oleh suspek untuk tidak menghebohkan perbuatannya itu selain dia juga selalu dipujuk akan diberikan telefon bimbit baru beserta wang tunai.

Jarang keluar rumah dan bersosial dengan kawan-kawan

Oleh kerena takut dan mempercayai kata-kata suspek, gadis itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja dan sering mengurung diri dalam rumah.

Dia juga dikatakan kurang bersosial bersama rakan-rakan sebayanya dan di sebabkan itu jiran tetangga mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Setelah tahu anak tirinya itu mengandung, suspek telah membawa lari mangsa pergi ke Campurdarat kerana bimbang perbuatanya itu diketahui oleh semua orang.

Namun, hasil kecekapan dan ketangkasan pihak polis, mereka berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan di atas kesalahan yang dilakukan.

Ini memang haruan makan anak! Kesian budak tu, tak pasal-pasal terpaksa melalui detik hitam dalam hidupnya dalam usia yang muda lagi. Semoga suspek menerima hukuman yang setimpal.

 

Baca: “Mereka dibunuh, dirogol” – [VIDEO] Remaja US Buat Makeup Tutorial, ‘Condemn’ Kezaliman China Terhadap Muslim Uighur

I

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.