in

“Siap guna drone” – Ini 7 Cara ‘Extreme’ Yang Digunakan Cikgu Untuk Elak Pelajar Meniru Ketika Ujian

Feature 4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk anda yang pernah menonton filem Bad Genius, mesti anda tahu yang ada pelajar sanggup buat apa sahaja untuk meniru rakan lain ketika peperiksaan berlangsung. Namun, jangan ingat pegawas exam tak dapat hidu niat tak baik tu sebab mereka dah lali dengan taktik ni.



Kali ini, kami nak kongsikan tujuh kaedah extreme yang digunakan oleh guru atau pensyarah untuk mengelakkan pelajar meniru.

#1 Guna alat pengesan logam 

Menurut laman web Boredpanda, alat pengesan logam ini telah dipasang oleh pihak berkuasa pelajaran di pusat peperiksaan di China. Alat tersebut digunakan untuk mengesan sebarang alat seperti telefon yang dibawa pelajar ke dalam tempat ujian. Dah macam dekat airport dah ni.

Tiru 1

#2 Guna kotak tutup kepala 

Menurut laman web Iluminasi, cara ini dikatakan telah digunakan oleh sebuah institusi pendidikan di India iaitu Bhagat Pre-University College. Difahamkan, universiti terbabit cuba guna kaedah itu ketika ujian sebab ada banyak kes melibatkan pelajar meniru ketika exam dijalankan.

Tiru 6

Namun, menurut CNN, kaedah ini masih berada di peringkat percubaan pada tahun 2019. Cuma min tertanya-tanya jugaklah, selesa ke nak jawab exam kalau ada objek lain melekat kat kepala kita ni? 

#3 Guna ‘drone’ 

Kaedah yang digunakan oleh institusi pendidikan ini pula memang bijak sebab mereka menggunakan teknologi yang sedia ada.

Tiru 5

Memetik laporan Time.com, cara ini memang wujud dan pihak berkuasa China telah menerbangkan drone di pusat peperiksaan pada tahun 2015 ketika ujian kemasukan ke universiti berlangsung.

#4 Sambungan internet ditutup ketika peperiksaan 

Manakala di Algeria pula, pihak kerajaan mereka mengambil keputusan untuk memotong sambungan internet ketika peperiksaan untuk masuk ke universiti dijalankan. Menurut The Guardian, cara extreme ini terpaksa dilakukan sebab pada tahun sebelumnya, beribu-ribu pelajar terpaksa exam sekali lagi selepas kertas soalan bocor.

Namun, kaedah ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka yang lain sebab internet tersebut ditutup kepada semua orang. Jadi, kerja-kerja yang memerlukan sambungan internet juga telah tergendala.

#5 Tanggalkan pakaian ketika ujian 

Cara ini pula telah digunakan kepada calon tentera di India. Kesemua calon diarahkan untuk menanggalkan pakaian ketika hari pengambilan ahli baru. Mereka hanya dibenarkan untuk memakai seluar dalam sahaja, jadi mustahil untuk calon bawa nota kecil untuk membantu mereka jawab soalan.

Tiru 3

Untuk makluman semua juga, peperiksaan ini dijalankan dalam masa satu jam di padang. Bayangkan betapa berbahangnya, dah la tak boleh pakai baju. 

#6 Guna kamera CCTV 

Kaedah ini juga agak bernas sebab pengawas peperiksaan tak payah berjalan dari satu meja ke meja lain untuk check sama ada pelajar meniru ataupun tidak.

#7 Guna surat khabar sebagai ‘topi’ semasa peperiksaan 

Menurut Thequint.com pula, kaedah ini telah digunakan di sebuah sekolah di wilayah Anhui, China. Cara ni agak kreatif juga sebab kiranya dorang macam reuse dan recycle kertas surat khabar tu. 

Tiru 2

Difahamkan, lubang akan digunting pada surat khabar tersebut dan ia kemudiannya akan dipakai oleh pelajar pada bahagian kepala. Jadi, dorang dah tak boleh nak jeling orang sebelah kalau tak tahu jawapan.

Sumber: The Guardian, The Quint, Boredpanda, Time.com, Iluminasi, CNN

Baca: Guru Perkenal ‘Helmet Anti Tiru’, Elak Pelajar Meniru Semasa Peperiksaan

Tiru

Sumber: Boredpanda
Sumber: CNN
Sumber: Boredpanda
Sumber: Boredpanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.