in

Pelajar Cuba Meniru Dalam Peperiksaan, Ukir Nota Kecil Pada Pen

F2 Cheatsheets

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan musim peperiksaan boleh buatkan semua pelajar berdebar  sampai tangan menggigil. Walaupun dah study sehabis baik, tapi tetap nervous sebab takut tiba-tiba tak ingat semua yang dah dibaca.


Namun, itu tak bermaksud kita boleh cuba-cuba meniru dalam exam tau. Walau bagaimanapun, ada juga yang berani mati tetap mahu mencuba taktik meniru agar boleh lulus dengan mudah.

Seperti seorang pelajar di universiti di Sepanyol ini apabila dia cuba meniru dalam peperiksaan dengan cara mengukir nota kecil pada pen yang digunakan untuk menjawab soalan.

Memetik laporan Oddity Central, Yolanda de Lucchi iaitu pensyarah Universiti Malaga di Sepanyol telah berkongsi tentang taktik yang digunakan oleh pelajarnya itu di Twitter.

Difahamkan, dia menemui semula 11 pen terukir nota itu ketika sedang mengemas laci mejanya dan katanya alat tulis itu telah dirampas ketika peperiksaan dijalankan beberapa tahun lepas.

Ironinya adalah, pen-pen itu digunakan untuk meniru dalam peperiksaan subjek undang-undang.

Kalau dari jauh, memang tak akan perasan ada nota yang terukir sebab tulisan atau huruf dan ayat yang terukir adalah sangat kecil.

5 3

Menurut pensyarah itu juga, kaedah meniru yang digunakan oleh pelajarnya itu merupakan antara yang unik sebab belum pernah dilakukan oleh orang lain lagi.

Walaupun meniru adalah sesuatu yang tidak beretika, namun ada juga netizen yang memuji kesabaran dan ketekunan pelajar tersebut untuk mengukir nota kecil-kecil pada ruang batang yang cukup terhad itu.

Tapi masalahnya, kalau dia boleh tekun tulis cheat sheet tu pada pen, kenapa dia tak guna je masa yang ada untuk study betul-betul kan? 

Sumber: Oddity Central

Baca: “Siap guna drone”- Ini 7 Cara ‘Extreme’ Yang Digunakan Cikgu Untuk Elak Pelajar Meniru Ketika Ujian

4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.