in

Guru Perkenal ‘Helmet Anti Tiru”, Elak Pelajar Meniru Semasa Peperiksaan

Payung1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka seorang guru boleh menjadi kreatif dan membantu dalam sistem pendidikan? Baru-baru ini seorang guru mengambil inisiatif yang lain daripada lain untuk menghalang pelajar daripada meniru dalam peperiksaan.



Gambar pelajar di dalam kelas memegang payung di dalam sebuah kelas menjadi viral di media sosial tempatan. Kejadian di wilayah Songkhla itu dikatakan terjadi di sebuah sekolah tinggi di sana.

Namun, tindakan itu bukanlah kerana bumbung yang bocor tetapi pelajar itu semua diminta duduk dan menggunakan payung supaya tiada yang meniru semasa peperiksaan. Pelik-pelik je dorang ni…

Reactions Confused Threes Company Thinking Huh

Semua tahu, jika setakat melarang dengan kata-kata ianya sudah ‘basi’ dan belum tentu pelajar akan dengar arahan guru. Jadi, guru tersebut memperkenalkan kaedah yang dipanggil ‘helmet anti tiru’ ini bagi mengelakkan pelajar daripada ‘curi-curi’ tengok kertas soalan rakan-rakan mereka. Kreatif jugak kan?

 

Payung1

Universiti Kasetsart, Bangkok juga pernah menjadi viral suatu ketika dahulu selepas memperkenalkan ‘helmet anti tiru’ yang diperbuat sendiri (DIY) menggunakan kertas. Tiga tahun berlalu, kini guru ini menggunakan kaedah yang sama tetapi lebih rare dengan menggunakan payung.

Universiti Kasetsart, Bangkok
Universiti kasetsart, bangkok

Bagaimanapun, nama sekolah tinggi itu tidak dinyatakan tetapi menurut staf sekolah pelajar bukanlah dipaksa membawa payung semata-mata untuk dijadikan ‘helmet’ seperti dalam gambar yang tersebar.

“Kebetulan pada hari itu, hari hujan dari pagi dan pelajar semua perlu menjawab kuiz. Setiap pelajar membawa payung bersama mereka dan cikgu itu tiba-tiba terfikir tentang idea untuk menjadikannya ‘helmet anti tiru’.

Tidak berfikir panjang, cikgu itu terus meminta mereka membuka payung masing-masing sebelum memulakan kuiz pada hari itu.

Menurut pihak sekolah kejadian ini baru pertama kali berlaku, lapor Manager.

Payung2

Tapi, kreatif jugak kan idea cikgu ni? Mungkin ada yang guna kaedah ni nanti, siapa tahu… Sebelum masuk dewan peperiksaan, kena check dulu pelajar bawa payung atau tidak. Penting tu! 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.