in

Pelajar Di Filipina Cipta Topi ‘Anti Meniru’ Untuk Elak Penipuan Ketika Peperiksaan

F2 Anti Cheating Hat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelajar Fakulit Kejuruteraan dari Universiti Bicol, Filipina berjaya mencuri tumpuan warganet selepas mereka mencipta dan memakai topi anti meniru ketika peperiksaan pertengahan semester (mid-term exam).

Memetik laporan TODAY ONLINE, professor universiti berkenaan yang dikenali sebagai Mary Joy Mandane-Ortiz telah menyuruh pelajar-pelajarnya itu mencipta sendiri topi yang boleh mengelakkan mereka daripada meniru ketika ujian.


7 1 3

Gambar-gambar topi anti meniru yang telah direka dan dicipta oleh pelajar-pelajar itu kemudiannya telah tular di media sosial setelah dikongsikan oleh pensyarah itu.

https://www.facebook.com/majjoy.mandz/posts/pfbid02MFUqsydGwuTK8mRWDt1xz1vygGbBA7yrLDoZ5ChT3T4dwWZHhRp8KQfdDqF4G5SCl

 

Antara topi anti meniru yang direka oleh pelajar-pelajar tersebut ialah topeng yang diperbuat menggunakan bahan terbuang seperti kertas dan kotak makanan, topi yang menggunakan konsep watak filem popular dan topi seperti maskot jenama makanan segera terkenal di Filipina iaitu Jollibee.

6 1 2

Ada jugak yang guna helmet motosikal dan payung tau! 

Menurut pensyarah tersebut, dia terinspirasi untuk menyuruh pelajar-pelajarnya mencipta topi berkenaan untuk dipakai ketika peperiksaan kerana pernah melihat perkara yang lebih kurang sama dilakukan di Universiti Kasetsart, Thailand pada 2013.

Saya amat bangga dengan kreativiti pelajar-pelajar saya,’ katanya. 

Dia juga mengatakan dia mengharapkan topi tersebut boleh mengelakkan pelajar-pelajarnya daripada meniru dan sekali gus mahu aktiviti itu mengurangkan tekanan pelajarnya dalam menghadapi musim ujian.

Dah macam kostum Halloween dah topi dorang semua ni. 

Sumber: TODAY ONLINE, Facebook Mandane-Ortiz R Mary Joy

Baca: Pelajar Cuba Meniru Dalam Peperiksaan, Ukir Nota Kecil Pada Pen

5 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.