in

Demi Cinta Hati, Lelaki Menyamar Jadi Wanita Sebab Nak Jawab Soalan Peperiksaan GF

India 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah sayang, lautan cinta sanggup ku redahi..


Begitulah ungkapan yang sesuai bagi mereka yang sedang dilamun cinta dan akan berkorban melakukan apa sahaja demi orang tersayang.

Namun, terjadi kepada seorang lelaki dari India ini apabila dia telah kantoi menyamar sebagai teman wanitanya untuk menduduki peperiksaan. Difahamkan, pada asalnya teman wanita lelaki itu perlu menduduki peperiksaan di Universiti Kesihatan Baba Farid, India.

India 1

Pakai baju, make up macam perempuan

Lelaki yang bernama Angrez Singh itu telah berpakaian seperti wanita untuk nampak seperti teman wanitanya, Paramjit Kaur yang berasal dari Fazilkha. Dia telah memakai baju salwar kameez, bersolek, memakai gelang dan bindi di dahi. Namun, ada sebab lain yang menyebabkan identitinya terbongkar para hari peperiksaan.

India 3

Palsukan identiti untuk jawab peperiksaan teman wanita

Memetik laporan DH Web Desk, Angrez Singh telah memalsukan identitinya dengan menggunakan kad palsu untuk menduduki peperiksaan bagi mengganti Paramjit Kaur. Pun begitu, Singh telah ditangkap selepas cap jarinya dikesan tidak sepadan dengan calon sebenar iaitu teman wanitanya.

Artikel berkaitan: “Mana adab?” – Guru Kecewa, Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Dalam Soalan Peperiksaan

Artikel berkaitan: Lembaga Peperiksaan Nafi Guna Khidmat TikTokers Untuk Audio Ujian Mendengar SPM

Berdasarkan laporan, pihak polis mendakwa Singh telah mendapatkan bantuan profesioanl untuk melakukan perkara itu.

Dokumen pengenalan diri palsi dan ID pengundi menunjukkan bahawa Singh tidak bersendirian dan mempunyai bantuan profesional.

Kes tersebut sedang disiasat selepas pihak polis mendapat aduan daripada pihak universiti. Sebagai info, ujian itu dijalankan di sebuah universiti sains kesihatan bagi mengisi kekosongan jawatan pekerja kesihatan.

Fuh, meniru cara gini pun ada eh?

Sumber: DH Web Desk, India.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.