in

“Siap ada poster Mega Gathering katanya” – Pelajar Lepasan SPM Tunjuk Lagak Atas Jalan Raya Kena Kecam Netizen

Feature Image Meega

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun, bagi pelajar yang berumur 17 tahun, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum pergi sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai sekumpulan pelajar lelaki yang menunjukkan lagak di atas jalan raya di kawasan Pantai Klebang, Melaka.

Menurut @BukanWanted individu yang memuat naik gambar dan video pelajar lepasan SPM yang menggangu lalu lintas dan menghalang kelancaran jalan raya seperti biasa.

Kelihatan juga ada pelajar yang membawa sebuah kereta berjenama BMW dan seorang lagi pelajar lain yang membuat aksi berbahaya dengan berdiri di atas kereta tersebut.

Perjumpaan mereka ini dikatakan sudah dirancang dan ada poster yang siap dengan lokasi, tarikh, dan masa.

Haha
Sumber: twitter

Namun kelakuan pelajar-pelajar ini segera di hidu oleh pihak polis dan terdapat video yang menunjukkan sebahagian daripada mereka di tahan oleh polis.

Rata-rata netizen juga mengecam tindakan pelajar-pelajar baru habis SPM ini yang membuat onar di atas jalan raya.

Net Komen
Sumber: twitter

Bagi admin, lebih elok kalau diaorang tak buat macam tu untuk sambut rasa gembira sebab dah habis SPM. Bukan hanya mengganggu lalu lintas, tapi membahayakan nyawa sendiri juga. 

 

Baca: “Kau mati lemas je la dik” – Cikgu Nak Bagi Tuisyen Free Siap Masak Lagi, Pelajar SPM Sorang Pun Tak Datang!

Tut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.