“Seram sangat ke?”- Warga Emas Ditemui Mati Semasa Tengok Wayang Filem Annabelle Comes Home

Selalu kita dengar mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau golongan ibu mengandung tidak digalakkan untuk menonton filem yang bergenre kejam, ganas dan of course seram.

Tapi apa yang berlaku di Pattaya, Thailand ini benar-benar sesuatu yang diluar jangka.

 

Mati masa tengok cerita Annabelle!

Seorang warga emas ditemui mati di sebuah panggung wayang selepas menonton movie seram : Annabelle Comes Home.

Mayat Bernard Channing 77 tahun disedari penonton lain selepas cerita tersebut tamat dan lampu panggung dihidupkan pada Selasa malam, lapor mirror.

 

 

Sumber : Mirror

Penonton yang menyedari tentang kejadian itu kemudiannya terus membuat laporan kepada staf sebelum pasukan perubatan tiba.

Channing yang merupakan seorang pengarah sebuah firma di Nottingham disahkan meninggal dunia di dalam panggung tersebut.

 

Tiada sebarang perkara mencurigakan berlaku tapi…

Polis memaklumkan yang mayat Bernard dibawa ke sebuah hospital di daerah Banglamung bagi proses post mortem.

Leftenan Kolonel Polpattham Thammachat berkata polis dimaklumkan masa kematian pada pukul 8 malam dan tiada sebarang perkara mencurigakan dikenalpasti.

Sumber : Mirror

Siasatan awal masih belum dapat mengesahkan punca kematian lelaki warga asing tersebut tapi doktor akan menjalankan autopsi bagi mengenalpasti punca kematian”

Kedutaan British telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan akan menghubungi keluarga Channing bagi menjelaskan situasi yang berlaku.

Difahamkan ketika kejadian, Channing sedang bercuti di Thailand.

 

Baca : Benda spontan buat apa rancang Netizen Nak Test Market Macam Pemuda Ini Sebab Jumpa Partner Movie Date Tonton Endgame

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.