“Benda spontan buat apa rancang” – Netizen Nak ‘Test Market’ Macam Pemuda Ini Sebab Jumpa Partner ‘Movie Date’ Tonton Endgame

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Macam-macam betul ragam semanjak Avengers: Endgame mula ditayangkan, ada yang pasal spoiler lah, ada yang yang sampai boss book satu Hall lah, ada cerita sedih, dan terbaru ni ada pula yang jumpa partner untuk ‘movie date’ secara spontan di media sosial.

Ya lah nak rancang dengan kawan, kadang-kadang tak jadi pun. Tu sebablah Fendy Mojo saja-saja nak update tweet pasal hal ni, tiba-tiba ada member offer, untunglah!

 

Benda spontan kenapa perlu di rancang

Biasalah kita ni kalau nak plan dengan kawan-kawan untuk lepak susah sikit, last-last minute mesti ada je yang nak cancel.

Mungkin dah terlalu excited nak tonton movie ni dan bosan tengok sorang-sorang, Fendy pun luahkan lah kekecewaan dia kat Twitter.

Tak sangka pula ada sorang gegirl ni pun tengh lonely agaknya, offer nak jadi movie date dia.

Bertuahnya, netizen masing-masing ‘makan hati’ tengok dia ni. Lepastu masing-masing ikut cara yang sama nak test market.

 

Netizen nak cuba

Lepas movie tu, nampaknya mereka berdua masih jumpa. Ehem ehem! Lepak-lepak, cerita pasal life masing-masing katanya. Siap belanja McD lagi, mestilah kan baru-baru kenal kena lah nampak gentlemen sikit, kalau perempuan yang keluar duit tak pasal-pasal kena #menaretrash Eh!

 

Sambung lepak dan chill disebabkan semalam tak cukup masa nak berborak

“Malam ni sambung lepak and chill disebabkan semalam tak cukup masa nak berborak. Kami banyak berborak dan sharing opinion tentang life, Success mind, being positive and how to improve life jadi lebih baik. Oh yeah Mcd tu aku belanja.”

Alahai, sweetnya, tak apa lah kalau ada jodoh boleh lah kenal dengan lebih rapat lagi. Doakan yang baik-baik untuk mereka berdua ni. Hurrm, sekali pandang nampak lah macam merpati dua sejoli.

 

Baca: Saya akan pergi tengok sambil bawa tisu” – Isteri Nak Tonton Avengers Sebagai Wakil Suami Yang Dah ‘Pergi’ 6 Bulan Lepas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.