in

“Semua lauk arwah nak… ali dah masakkan” – Ali Puteh Tunaikan Permintaan Abam, Masak Gulai Siput Sedut Di Kenduri Tahlil Arwah

Lauk Abam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tak percaya, sudah 4 hari Abam Bocey atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar telah meninggalkan kita semua.


Sebelum pemergian Abam, arwah ada menyampaikan hasrat terakhir kepada kakaknya, Sharifah Norwahidah untuk mengadakan majlis makan-makan dengan family lepas beberapa hari tak ada selera untuk makan sebab demam.

 

Nak masak gulai siput sedut buat keluarga 

Menerusi temubual bersama MGTV di Youtube, Sharifah Norwahidah memberitahu bahawa arwah sudahpun membeli 5 kg siput sedut dan sotong untuk majlis makan-makan ni. Tapi semuanya tinggal kenangan je lepas arwah meninggal pada Isnin lalu.

Skip ke minit 14:38 untuk dengar cerita kakak arwah Abam. 

 

Ali Puteh masak semua juadah kegemaran Abam

Disebabkan permintaan tersebut, Ali Puteh yang juga adik kepada arwah Abam telah memasak semua juadah yang dimahukan abangnya semasa majlis tahlil yang berlangsung di rumah mereka.

Perkara ni juga seakan-akan menunaikan permintaan Abam yang mahu membuat majlis makan-makan buat keluarga tetapi tidak kesampaian setelah ‘pergi’ terlebih dahulu.

Img 4831

Img 4832
sumber: instagram

Majlis kenduri tahlil ini juga dihadiri bukan saja ahli keluarga tetapi sahabat handai termasuklah Achey dan Fad yang baru pulang daripada Jepun.

Tengku Bakar191 84439060 226909345008851 3515167321920353694 N 1024X768 1

Syukkicuk 83939185 877573232691926 1883373672958877853 N 1024X576 1
sumber: blog

Alhamdulillah… tertunai jugak impian Abam ye. Bagi yang merindui pelawak ni, marilah kita sedekahkah Al-Fatihah buatnya. 

Baca: “Sisi yang ramai tidak tahu” – Arwah Abam Dikhabarkan Tolak Job RM 5,000 Demi Program Dakwah Hanya RM 500

Bb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.