in

“Sempoi tuanku” – Gelagat Raja Muda Perlis Minta Buat ‘Mexican Wave’ Curi Perhatian Ramai

Raja Muda Perlis Wave

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis konvokesyen merupakan upacara kemuncak bagi graduan universiti atau kolej meraikan kejayaan masing-masing selepas berhempas pulas menimba ilmu sepanjang menjadi pelajar.

Walaupun diadakan dengan penuh istiadat dan protokol, tetapi dengan sedikit kemeriahan akan menjadi pengalaman yang tidak dilupakan oleh semua graduan.


Seperti perkongsian video di TikTok, gelagat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang memberi arahan kepada para graduan untuk membuat Mexican wave sebagai tanda meraikan majlis konvo mereka telah mendapat pujian ramai.

Artikel berkaitan: “Luar biasa perjuangannya” – Meninggal Sebab Lahirkan Anak, Suami Hadir Ke Majlis Graduasi Bawa Potret Isteri

Artikel berkaitan: [VIDEO] Graduan Jadi Tumpuan, Buat Aksi ‘Somersault’ Ketika Terima Ijazah Pada Hari Konvokesyen

@acap27442

#unimap #konvokesyen #konvokesyenunimap

♬ original sound – acap27442 – acap27442

“Kita sebagai tradisi konvo UniMAP, kita buat Mexican wave boleh tak? Okey, kita mula dengan barisan depan sampai ke belakang, lalu belakang sana sampai depan naik ke sini habis satu pusingan rantai,” titah baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Dalam video berdurasi tiga minit 21 saat itu, dapat dilihat beberapa individu seperti tidak faham dengan arahan sorakan ombak itu sehingga baginda tuanku meminta tetamu di dalam dewan berhenti dan melakukan sorakan semula.

“Berhenti, berhenti, itulah pak cik tak datang raptai. Rasanya pak cik, mak cik ini ramai muda dari saya. Kita mula semula sesi raptai ini. Satu, dua, tiga mula,” titah baginda lagi.

Suasana di dalam dewan kedengaran riuh dengan suara dan sorakan tetamu serta barisan graduan UniMAP.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan terhibur dengan gelagat Raja Muda Perlis yang dilihat begitu bersemangat melakukan sorakan ombak itu.

Screenshot 2023 11 21 124325Screenshot 2023 11 21 124255

Pasti menjadi kenangan paling indah untuk para graduan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.