in

“Luar biasa perjuangannya” – Meninggal Sebab Lahirkan Anak, Suami Hadir Ke Majlis Graduasi Bawa Potret Isteri

Wisuda 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis graduasi atau konvokesyen adalah upacara rasmi untuk meraikan graduan yang telah pun tamat pengajian di bidang yang diceburi. Ibu bapa atau pasangan sering dijemput untuk melihat momen indah penganugerahan sijil tersebut.


Artikel berkaitan: “You made Malaysian proud” – Bertanjak Ke Konvokesyen Universiti Oxford, Netizen Bangga Dengan Lelaki Ini

Artikel berkaitan: Tak Dapat Hadir Konvokesyen, Terharu Lihat Cara Graduan Kelas Pertama Ini Raikannya Sendiri Di ‘Oversea’

Satu kisah yang menyentuh hati berlaku di majlis graduasi Sekolah Tinggi Pariwisata Mataram Indonesia, di mana seorang suami bangga memegang potret di majlis graduasi arwah isterinya.

Video yang telah dikongsi oleh akaun TikTok @rubah_putih telah menyebabkan orang ramai di dalam dewan menahan sebak dan kagum dengan kekuatan yang dimiliki lelaki itu.

@rubah_putih

Moment yudisium yang tak terlupakan😭

♬ suara asli – Whitefoxx – Whitefoxx

Menerusi video tersebut, pengguna TikTok itu berasa hairan kerana ada seorang lelaki yang memakai tidak memakai jubah graduasi duduk di barisan graduan yang lain.

Ternyata setelah lelaki itu bangun, dia memegang erat satu potret wajah seorang wanita yang difahamkan merupakan gambar isterinya yang telah meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka.

Lelaki itu kelihatan bangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh arwah isterinya yang juga telah selesai kajian ilmiah sebelum meninggal dunia.

Ketika dia naik ke pentas, para pensyarah memberikan segulung ijazah milik arwah lalu bersalaman dengan lelaki itu. Pihak kampus itu juga mengucapkan takziah atas pemergian arwah.

Terharu dengan kejadian itu, ramai netizen mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih melihat momen itu malah ada juga yang becerita pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

 

Wisuda 1 Wisuda 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.