in

[VIDEO] Graduan Jadi Tumpuan, Buat Aksi ‘Somersault’ Ketika Terima Ijazah Pada Hari Konvokesyen

F2 Graduan Buat Aksi Somersault

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang graduan wanita di sebuah universiti di United Kingdom baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai warganet setelah aksinya membuat somersault ketika majlis graduasi tular di media sosial.


Menurut South China Morning Post, graduan berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Chen Yining itu membuat aksi side flip di University of Roehampton, England pada Januari lalu kerana teruja untuk meraikan majlis graduasinya.

Difahamkan, wanita yang berasal dari Beijing, China itu merupakan graduan jurusan persembahan tarian, jadi tak hairanlah kalau dia boleh buat backflip sekali pun kan.

Chen Yining juga telah mendapat tepukan gemuruh daripada graduan-graduan lain dan tenaga pengajar universiti yang dilihat turut kagum dengan kebolehannya membuat aksi somersault tersebut.

Graduasi 1

Video Chen membuat aksi terbabit juga telah dikongsikan di platform media sosial Douyin dan video berkenaan telah mendapat jutaan tontonan daripada pengguna media sosial itu.

Rata-rata warganet juga turut memuji kebolehan Chen membuat side flip dengan sempurna di hadapan ramai orang.

Aksi Somersault Ketika Terima Ijazah

Menurut Chen, tidak sukar untuk dirinya membuat aksi balik kuang itu kerana dia berpengalaman selama 12 tahun dalam tarian klasik China, di mana aksi itu merupakan pergerakan asas yang perlu dilakukan untuk tarian berkenaan.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana tahun lalu juga, seorang pelajar berusia 18 tahun juga menjadi perhatian apabila dia berlawan pedang lightsaber dengan pengetua sekolahnya ketika hari graduasi sekolah tinggi, lapor Indian Express.

Graduasi

Memang sporting betul pensyarah-pensyarah dorang ni kan. 

Sumber: South China Morning Post

Baca: “2 in 1”- [VIDEO] Wanita Naik Pelamin, Dapat ‘First Class Degree’ Serentak Sebab Tersama Tarikh Konvo

Sanding Serentak Konvo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.