Pelajar Nekad Tunggang Motor Seorang Diri Ke Perlis Dari Sepang Daftar Universiti Di Unimap

Tambah ke Sumber Pilihan
Unimap

Seorang pelajar lelaki menjadi perhatian ramai apabila nekad menunggang motosikal sendirian dari Sepang ke Perlis untuk mendaftar masuk ke universiti di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Pelajar, Muhammad Zahirul Hakim bin Zali telah menunggang motosikal seorang diri selama lapan jam dengan membawa barang-barang keperluan untuk pengajiannya di UniMAP.


Kisah pelajar cekal ini telah dikongsikan menerusi Facebook rasmi Universiti Malaysia Perlis.

Tunggang Motosikal Sendirian Daftar UniversitiSumber: Facebook Universiti Malaysia Perlis

Artikel Berkaitan: KPT Minta Pelajar Daftar Dahulu, Maklum Sekiranya Berdepan Masalah

Artikel berkaitan : 159 Pelajar UiTM Cawangan Sabah Terima Bantuan KPT-PTPTN

Menurut pelajar yang mendaftar sebagai pelajar baharu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi) ini, dia pernah memilih untuk menaiki bas dan kereta api.

Namun, kos perjalanan yang mencecah sehingga RM100 sehala membuatkan pelajar ini memutuskan untuk menunggang motosikal sendiri kerana hanya perlu mengeluarkan sekitar RM30 untuk satu perjalanan.

Pelajar UnimapSumber: Facebook UniMAP

Difahamkan juga, Zahirul tidak mahu membebankan ibu dan ayahnya kerana keluarganya juga perlu menanggung perbelanjaan untuk adik-beradiknya.

Bapanya juga membenarkan untuk ke universiti dengan menunggang motosikal membuatkannya nekad untuk datang sendiri sahaja ke UniMAP.

Semoga kisah pelajar ini menjadi inspirasi untuk adik-adik di luar sana untuk kekal cekal dalam menimba ilmu. 

Sumber: Facebook Universiti Malaysia Perlis

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelajar Nekad Tunggang Motor Seorang Diri Ke Perlis Dari Sepang Daftar Universiti Di Unimap
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelajar-nekad-tunggang-motor-seorang-diri-ke-perlis-dari-sepang-daftar-universiti-di-unimap/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM