in

“Seluar lama sampai boleh masuk dua kaki” – Lelaki Ni Hilang 81KG Dalam Masa Setahun Je!

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemuda dari Thailand, Nes Chetragull telah mempunyai masalah dengan obesiti sejak dari kecil lagi. Lelaki yang pernah mencapat berat badan sehingga 156kg ini selalu mengalami masalah sukar tidur dan sering jatuh bila berjalan.


Dalam perkongsiannya di Facebook, Nes telah menunjukkan gambar-gambarnya sebelum dia berjaya menurunkan sebanyak 81kg dalam masa setahun.

Screenshot 2021 06 10 At 5.54.14 Pm

Selepas setahun, berat saya sekarang 75kg.”

Bukan itu sahaja, pemuda ini juga turut kongsikan gambar seluar dan baju lamanya yang sekarang dua kali ganda lebih besar dari dirinya.

Namun, untuk merealisasikan impiannya ke arah hidup yang lebih sihat bukanlah mudah, katanya bermula Ogos 2019 sehingga Julai 2020, Nes telah berhenti makan makanan kesukaannya seperi makanan bergoreng, air bergula, snek, kuih tradisional Thai dan air teh susu.

Sebagai pengganti, Nes hanya makan makanan sihat dengan jumlah yang sikit dan dalam salah satu perkongsiannya, dia tunjukkan dia hanya makan 150gram nasi kukus dan 300gram ayam cincang yang dimasak dengan daun selasih (basil).

Screenshot 2021 06 10 At 5.54.56 Pm

Tak cukup dengan itu, Nes juga turut bersenam dengan berjalan kaki selama satu atau dua jam sehari sebelum dia mempunyai stamina yang cukup untuk menaiki basikal senaman.

Saya bersusah payah untuk capai berat badan sekarang.”

Sekarang ini dah lebih 10 bulan lelaki ini hentikan diet ketatnya namun mengekalkan berat badannya dengan senaman dan makan makanan yang sihat.

Nes turut menasihatkan orang ramai untuk cari senaman paling senang untuk dibuat mengikut kesesuaian diri dan jangan lupa untuk hanya makan makanan yang sihat.

Wahhh, memang susah okay nak jalani kehidupan yang sihat, salute!

 

Baca: Ramai Terkejut Tengok Adele Dah Kurus Sampai Nampak Tulang Selangka, Rupanya Dia Buat Diet Ekstrem?

Screenshot 2021 06 10 At 5.58.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.