in

Tangan Gadis Jadi Kebiruan Sebab Amalkan ‘Diet Air Mineral’

Ft Gadis Amal Diet Air Mineral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki susuk tubuh badan yang langsing sudah semestinya satu idaman setiap wanita, pokoknya banyak jenis tips dan diet yang dikongsikan oleh seseorang itu apabila ianya membuahkan hasil.


Bagaimanapun, ada kalanya, ia boleh mengundang bahaya tanpa kita sedari, kesihatan boleh terjejas atau ada kesan sampingan sepertimana yang berlaku kepada gadis yang berasal dari Terengganu ini.

 

Lapar hanya minum air mineral

Wanita yang lebih dikenali sebagai Nurin Jamaluddin ini ada buat satu perkongsian di TikTok menunjukkan tapak tangannya itu menjadi kebiruan kerana mengamalkan diet yang agak ekstrem.

“Saya nak turun berat badan kerana banyak baju tak muat dan juga rasa memang patut diet sebab berat badan makin hari makin naik.”

“Saya tak consult dengan mana-mana orang pun. Hanya ikut cara diet sendiri je. Saya ajar diri untuk tak makan kemudian jadi terbiasa.”

Katanya lagi menerusi mStar Online, ia terus menjadi satu tabiat buatnya kerana pada waktu itu baru sahaja mula kerja dan sibuk sampai lupa nak makan.

Screenshot 2022 01 17 151854

“Saya hanya ambil makanan pada waktu petang. Saya ambil nasi, itu pun dalam portion yang kecil.”

Kata gadis berumur 20 tahun ini, dia mengamalkan kaedah itu selama 5 bulan dan berat badannya turun dari 69 kg ke 55 kg, namun kesan yang dia alami jadi seperti dalam video di bawah ini.

@nurinjamaluddin__

Takut sangat time ni tibe2 tangan jadi berubah warne ?

♬ suara asli – sadvibes? – sadvibes?

Katanya lagi, tidak dinafikan bahawa rasa takut menyelubungi dirinya dan terus bertindak berhenti diet memandangkan berat badan dah turun.

Disebabkan perkara tersebut, Nurin ada mengambil makanan jika dia rasa lapar dan Nurin serik untuk mengulangi keadah tersebut lagi walaupun keadaannya pada waktu itu tidak serius dan terus baik selepas ambil makanan.

“Saya masih diet lagi selepas itu tapi tidaklah sampai tak makan terus. Kalau rasa lapar, saya ambil roti, kalau dulu, saya minum air mineral saja jika lapar.”

Oleh itu, Nurin nasihat kepada individu yang ingin menurunkan berat badan agar ikut cara yang betul.

Kita kena ingat, diet itu bukan berlapar ya

 

Baca : “Mmg lose weight kaw kaw! Tapi end up?” – Hilang 12Kg Dalam Sebulan, Dietitian Kongsi Kesan Diet Atkins Sampai Dia Kena Masuk Wad

Dietitian2

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.