in

Kajian Dakwa Makan Nasi Putih Sama Teruk Dengan Makan Gula-gula?

2Nasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi putih adalah makanan ruji kebanyakkan penduduk di Asia. Hampir setiap hari kita makan nasi putih untuk setiap hidangan di pagi, tengah hari dan malam.

Satu kajian baru mendapati bahawa makan terlalu banyak nasi putih sama buruknya untuk jantung anda seperti makan terlalu banyak gula-gula. Ye ke???


Screenshot 2022 10 09 At 12.58.09 Pm
Gambar hiasan

Kajian berkenaan tabiat pemakanan dan sejarah kesihatan rakyat Iran, mengatakan risiko penyakit arteri koronari pramatang (PCAD) boleh meningkat kesan daripada makan bijirin halus yang termasuk nasi putih. Kajian itu juga menyifatkan nasi putih adalah serupa dengan makan jenis “gula dan minyak yang tidak sihat” yang terdapat dalam makanan manis.

Menurut laporan New York Post, kajian itu memberi tumpuan kepada sekumpulan kira-kira 2,500 orang yang melibatkan individu dengan arteri normal dan ada yang mempunyai penyakit arteri koronari. Setiap peserta menjawab soal selidik kekerapan makanan untuk menentukan kekerapan mereka makan nasi putih dan bijirin halus.

Penyelidik mendapati pengambilan jenis makanan seperti nasi putih yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko PCAD, manakala makan bijirin penuh seperti oat dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit tersebut.

Screenshot 2022 10 09 At 12.58.16 Pm
Gambar hiasan

Kajian itu juga mendapati bijirin halus dan nasi putih dipecahkan dengan cepat oleh badan kerana ia telah mengandungi serat yang kurang, dan mungkin membawa kepada peningkatan paras gula darah selepas makan.

Lama kelamaan, gula darah tinggi boleh merosakkan saluran darah dan saraf yang mengawal jantung dan menyebabkan sumbatan terbentuk di dinding arteri.

 

Baca: Manusia Pertama Ada Allergic Sayur, Badan Naik Ruam & Mudah Sakit Bila Makan

1Sayur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.