in

Ramai Terkejut Tengok Adele Dah Kurus Sampai Nampak Tulang Selangka, Rupanya Dia Buat Diet Ekstrem?

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, gambar Adele bercuti bersama Harry Styles telah mengejutkan peminat-peminatnya di serata dunia.


Mana taknya, berat badan Adele turun mendadak sampai nampak tulang selangka dia! Dikatakan, penyanyi ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kilogram tau! Apa rahsianya?

Adele Weight Loss

Menurut FoxBusiness, Adele berjaya turunkan berat badannya lepas dia mengambil personal trainer dan mengamalkan pemakanan mengikut diet yang dipanggil Sirtfood.

Caranya, orang yang mengikut diet ini perlu makan makanan spesifik yang mencetuskan kumpulan protein di dalam badan sirtuins yang dikatakan boleh merangsang metabolisme dan mengurangkan radang.

1483737099324

Kalau korang nak tahu, diet ini sangat ketat dan ekstrem dan perlu dilakukan secara berterusan dalam mangsa seminggu.

  • Tiga hari pertama korang perlu kurangkan pengambilan kalori kepada hanya 1,000 dengan pengambilan tiga jus hijau dan protein.
  • Selepas tu, korang boleh tambah pengambilan kalori hingga 1,500 termasuk makan dua kali sehari bersama dua gelas jus hijau.
  • Terakhir sekali, makan tiga hidangan seimbang disertai dengan senaman efektif kalau nak dapat kesan memberangsangkan macam Adele ni.

Tapi, menurut pakar pemakanan Martha McKittrick, diet ni tergolong dalam kategori tricky. So, mungkin tak semua orang akan dapat keputusan yang sama.

Adele Told Fan Her Massive Weight Loss Was Around 100 Pounds Main

Kalau nak badan macam Adele dan amalkan diet ni, korang mungkin takkan dapat keputusan yang sama.”

Adele turut memberitahu, dia gabungkan diet sirtfood ini dengan diet lain dan turut kawan pengambilan karbohidrat dan gula.

Dulu hari hari saya minum 10 cawan teh dengan dua ketul gula. So dalam sehari, saya ambil 20 ketul gula. Tapi sekarang saya dah tak minum teh.”

Ha, korang bolehlah try follow diet Adele ni, tapi kalau tak nampak tulang selangka tu jangan marah pulak ye!

 

Baca: Takut Berat Badan Naik Masa Raya? Jangan Risau, Pakar Kata Korang Boleh Kurus Dengan Menangis Je Tau!

Screenshot 2020 01 13 At 1.42.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.