in

“From now on I will eat pucuk ubi sahaja!” – Sajat Bakal Jadi Model di Australia?

Sajat Model Di Australia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun namanya kini tenggelam timbul kedengaran di media sosial, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 35, kini kembali menjadi perbualan ramai selepas dia memaklumkan bakal membuat debut sebagai model di Australia. Uishhh bukan main! 


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sajat memuat naik keratan emel yang memaklumkan bahawa dia telah dijemput untuk menghadiri sebuah raptai yang diadakan agensi modelling di Australia.

Raptai tersebut menurut emel berkenaan bakal diadakan pada 17 Julai ini dan kehadiran Sajat adalah penting untuk menempah tempat bagi acara peragaan tersebut.

“Macam tak caya yang saya lepas” 

Sajat menerusi posting itu meluahkan rasa gembiranya akan pemilihan tersebut dan dia siap nak berdiet makan pucuk ubi dan lemon sahaja bermula hari ini. Haa tudia bersemangat Sajat! 

OMG! Macam tak caya yang saya lepas. 

“I will do it the best! Start from tomorrow I will eat pucuk ubi sahaja with lemon! Girl! Run the world!” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata mengucapkan tahniah dan berharap Sajat berjaya dalam pemilihan model tersebut.

Uish bukan main bang jat. Kalau dah jadi model nanti jangan mudah lupa diri ye kat sana. 

Baca:  “Enough is enough!” – Sajat Umum Dah ‘Breakup’ Dengan Jejaka Lebanon?

Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.