in

Seksa Kucing Dengan Baling Batu Bata, Netizen Gesa Polis Cari Individu Sampai Dapat!

Seksa Kucing Dengan Baling Batu Bata Netizen Gesa Polis Cari Individu Sampai Dapat 2

Dalam dunia ini, kita bukan sahaja perlu berlaku baik terhadap manusia, kita juga haruslah menunjukkan rasa sayang dan kasihan kepada haiwan, walaupun kita bukanlah seorang animal lover. 

Kalau tak suka pun, tak perlu lah sampai seksa binatang tu, betul tak?

Pun begitu, semalam tular di laman TikTok apabila terdapat seorang individu membaling sesuatu yang kelihatan seperti batu bata ke arah seekor kucing.

Seksa Kucing Dengan Baling Batu Bata Netizen Gesa Polis Cari Individu Sampai Dapat

Klik sini untuk tonton video.

Lebih menyayat hati apabila individu terbabit dilihat memberi ‘umpan’ makanan kepada si comel tersebut sebelum membaling objek yang membuatkan kucing tersebut lari kemudian terlantar kesakitan.

Dalam laporan Kosmo!, pengguna TikTok @hawa.wni menyatakan individu berkenaan sememangnya kurang senang dengan kehadiran beberapa ekor kucing di kawasan kedai itu.

“Lelaki itu memang tak puas hati dengan semua kucing yang ada dekat situ, dia umpan bagi makan kemudian cari peluang untuk bunuh.

“Dalam video ini, kucing itu tengah makan kemudian dia ternampak batu-bata dekat tepi, terus ‘hempok’ dekat kepala kucing sampai ‘menggelupor’ berdarah,” katanya.

Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi jenis dan nombor pendaftaran kereta yang dipandu individu tersebut seperti mana yang dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Ni kesalah jenayah!” 

Sudah pastinya ramai yang bengang dengan perbuatan terkutuk tersebut dan setakat ini video pendek itu telah mendapat sejuta tontonan serta hampir lima ribu komen.

Malah, dalam ruangan komen ada individu yang memberitahu dia kini sedang membuat laporan polis dan ada juga yang mencari individu tidak berperikemanusiaan itu dalam group kereta yang dipandunya.

Kcng

Apalah dosa kucing tu…

Baca: Gara-Gara Masukkan Kucing Dalam Guni Untuk Hantar Ke Pusat Perlindungan, Lebih 50 Kucing Mati

Kucing Dalam Guni