in

Gara-Gara Masukkan Kucing Dalam Guni Untuk Hantar Ke Pusat Perlindungan, Lebih 50 Kucing Mati

Kucing Dalam Guni

Sejak kebelakangan ini dah banyak kes melibatkan haiwan yang tidak dilayan serta dijaga dengan baik oleh sesetengah masyarakat.

Sumbat haiwan dalam guni untuk hantar ke tempat perlindungan

Terbaharu, tindakan segelintir masyarakat menghantar kucing ke tempat perlindungan dengan cara memasukkan haiwan itu ke dalam guni disifatkan sebagai kejam dan zalim, lapor Kosmo!.

Cat

Pemilik Bustana Ku­cing, Mohd. Taufik Md. Zain berkata, tindakan tersebut tidak berpe­rikemanusiaan kerana dipraktikkan dengan cara yang salah walaupun berniat baik untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Menurut Taufik lagi, terdapat orang ramai yang cuba menyelamatkan atau menghantar kucing jalanan kepada mereka dengan cara memasukkan kucing ke dalam guni.

Tambahnya, secara biologi, kucing berpeluh melalui hidung dan tindakan tersebut menyebabkan haiwan itu mengalami tekanan, panas, berpeluh dengan banyak, bergelumang dalam najis dan boleh mendapat risiko penyakit serta kematian.

Lebih 50 ekor kucing mati akibat dibungkus dalam guni

Bustana

Pemilik Bustana turut menyatakan yang lebih 50 ekor kucing mati terutamanya yang masih kecil akibat dibungkus dalam guni ketika dihantar ke pusat tersebut sejak 2015. Dia menasihati orang ramai supaya mencari kotak terpakai dan menebuk lubang pengudaraan sebelum meletakkan kucing terbiar tersebut di dalam kotak bagi dihantar kepada pihaknya.

Orang ramai boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebaji­kan Haiwan 2015 kerana membawa dan me­nyimpan haiwan dengan tidak berperikemanusiaan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM20,000.

Kucing pun ada perasaan juga! Jangan sesekali buat tindakan yang tak berhati perut tau!

Baca: “Nyawa-nyawa ikan” – Bomba Sempat Selamatkan Kucing Ketika Kebakaran Di Apartment Prima Larkin”

Bawah 7

Sumber: Kosmo!
Sumber: Facebook