in

“Segala mak nenek teori alam ghaib merapu dan meraban…” – Dikatakan Kena Sorok Bunian, Acap Rupa-rupanya…

Acap Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir 3 minggu tidak dijumpai, kehilangan Acap atau Mohammad Ashraf Hassan masih menjadi tanda tanya dan misteri. Terbaru, satu posting dekat Facebook seakan-akan memberi hint yang Acap sebenarnya bukanlah disorok bunian macam dihebahkan ramai pengamal perubatan Islam.

Sudah jalankan tugasan sebaik mungkin


Cari Acap 5

Menurut Muhammad Hamzah, dia dan rakan-rakan yang dah membantu cari Acap tu berharap informasi yang dah mereka bagi dapat bantu usaha mencari di masa akan datang.

“Kami sudah jalankan tugasan kami sebaik mungkin. Semoga informasi yang kami sudah sampaikan dapat membantu usaha di hari mendatang. InsyaAllah tak lama lagi settle lah tu.

“Tak lupa juga kepada team yang padu dan semangat juang yang tinggi. Korang memang terbaik, memang redah tempat yang orang tak masuk punya. Syukur sebab telah berjaya rungkaikan dan sampai kepada konklusi akhir.”

Cari Acap

Cari Acap 1
sumber: facebook

 

Dapat jawapan, serahkan pada keluarga dan PDRM

Lepas berusaha sehabis baik, bersama redah kawasan mencabar dalam misi pencarian, mereka seolah-olah memberi hint yang sebenarnya kes ni sudah ada ‘jawapan’.

“Sama-sama susah redah ke semua tempat tanpa henti dan all out sampai kita semua dpt jawapan bersama dan diserahkan kepada abang Zaid dan wakil PDRM. Hujan panas, terik mendung, sungai lumpur, semua kita dah redah, setakat netizen maki ni apa adahal gais.

Cari Acap 4

Cari Acap 3
sumber: facebook

“Tak lupa juga, terima kasih kepada semua team yang terlibat baik secara rasmi atau sukarela. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pihak MOSARS, BOMBA, PDRM, ATM, dan semua unit lain yang terlibat. Semoga kita sama-sama tabah menghadapi jawapannya nanti.”

 

Acap bukan disorok bunian?

Semenjak Acap dilaporkan hilang, bukan je pihak berkuasa tapi ramai kumpulan termasuk pengamal perubatan bantu dalam usaha mencari.

Lepas tu, timbul pulak desas desus mengatakan Acap ni dah ditemui tapi taknak pulang kerana dah kahwin dengan puteri bunian. Ada juga yang cakap dia ada bersama jin bukan Islam. Macam macam lah!

Cari Acap 7
sumber: facebook

Tapi, menurut posting ni, Acap tak disorok bunian pun macam yang dihebohkan dekat Whatsapp dan media sosial tu.

“Apapun jawapannya yang akan dibongkarkan oleh pihak PDRM nanti, kita terima dengan hati terbuka. Yang pasti ia akan memusnahkan segala mak nenek teori alam ghaib yang merapu dan meraban.”

 

Polis nafi Acap dah ditemui, masih dalam siasatan

Menurut Harian Metro pula, pihak polis menafikan bahawa misteri kehilangan pemuda 29 tahun tu dah pun terungkai.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menasihatkan orang ramai untuk berhenti keluarkan kenyataan sampai jadi viral kerana menganggu operasi mencari dan menyelamat. Bukan tu je, perkara tersebut akan singgung perasaan keluarga Acap.

“Kenyataan individu mengatakan dia membongkar dan polis sudah diberitahu adalah satu perkara yang tidak betul, malah dia tidak berjumpa kita sebaliknya terus menularkan kenyataan ke laman sosial, jadi jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan serta menjadikan situasi lebih kusut.”

Acap
sumber: astro awani

Betul juga tu, janganlah tambah spekulasi. Biar polis yang jalankan siasatan dan biar mereka je yang keluarkan kenyataan rasmi. 

Baca: “Ditahan sebab langgar anak-anak bunian” – Teori ‘Karut’ Netizen Pasal Kehilangan Acap

56502761 1061305214064733 1295392729525649408 N 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.