“Ditahan sebab langgar anak-anak bunian” – Teori ‘Karut’ Netizen Pasal Kehilangan Acap

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hari ini, genap 11 hari kehilangan Mohamad Ashraf Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Acap. Kehilangannya yang kini masih misteri.

Biarpun operasi mencari dan menyelamat secara rasmi telah dihentikan, namun ia masih diteruskan dalam skala kecil dengan dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada penduduk kampung, pihak penganjur dan juga beberapa anggota polis.

Amat menghibakan bila melihat ibu acap merintih memanggil namanya sepanjang pencarian itu. Sepanjang tempoh ini, bermacam-macam spekulasi mistik dibangkitkan oleh netizen dan ini yang terbaru.

 

“Ditahan atas langgar anak-anak bunian”

Komen daripada netizen tu viral di Twitter dek kerana teori daripada golongan-golongan ‘berilmu’ ini  mendakwa bahawa Acap ‘ditahan’ oleh orang bunian kerana melanggar anak-anak mereka sehingga mendatangkan kecederaan.

Menurut individu itu, ia dimaklumkan oleh pegawainya yang sedang ‘berbincang’ dengan ‘pihak sana’. Wow! Bukan itu sahaja, ada lagi teori lain yang didakwa oleh netizen.

Siap ada yang dapat info daripada anak dara yang berumur 5 tahun lagi.

 

Anak dara saya umur 5 tahun..dia cakap nampak ramai budak-budak..dan Atuk”

Hurmm, entah lah kita selalu kata budak-budak ni boleh ‘nampak’ tapi tak tahu lah. Tapi kan…

Memandangkan gambar ini tular sebelum dipadamkan, Ammar Akmal tampil memberi ulasan mengenai gambar tersebut. Menurutnya tak ada apa-apa yang mistik pun dalam gambar ni.

 

Ini adalah sains + logik. Tiada apa-apa mistik dalam gambar ini

Entah lah macam-macam teori yang orang berikan, ada yang kata dia sekarang tengah lemah lah, macam-macam lagi lah. Bukan nak menidakkan kewujudan alam ghaib, tapi usahlah memberi jaminan, seolah-olah dah meletakkan harapan tinggi kepada keluarga mangsa.

Posting ini dimuat naik kelmarin, dan harini masih lagi belum mendengar khabar berita, sudah pasti ia telah mengguris hati keluarga mangsa.

 

Baca : Acap kat manalah kau sekarang?” – Peserta Larian Hilang Secara Misteri, Netizen Spekulasi Mungkin Ada Kaitan Makhluk Halus

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?