in

“Saya tidak mati”” – Maradona Buat Video Buktikan Masih Hidup Lepas Anak Cakap Dia ‘Dibunuh Secara Senyap’

Meradons

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Legenda bola sepak dunia, Maradona muat naik video di IGTV untuk memberi jawapan kepada teka teki orang ramai tentang kesihatannya.


Sebelum ini anak perempuannya, Giannina Maradona keluarkan kenyataan menggesa penyokong Maradona untuk mendoakan kesihatan bekas bintang Barcelona berusia 59 tahun itu, lapor Daily Star.

Gianinna
sumber: daily mail

Menurut Giannina, 30, bapanya tidak sedar yang kesihatannya sedang merosot dan kini ‘dibunuh secara senyap dari dalam’. Katanya,

“Dia (Maradona) bukan sakit sebab dia tua tapi sebab dadah yang dia sumbat dalam badannya. Dia sedang dibunuh dari dalam dan dia tidak sedar akan hal itu.”

“Doakan dia. Tolong! Terima kasih!”

Maradona
sumber: daily mail
Maradona2
sumber: abc futbol

Maradona yang sentiasa diingati dengan detik gol ‘Hand of God’ pada World Cup 1986 itu pernah mempunyai ketagihan terhadap arak dan dadah jenis kokain namun akui kini sudah pulih.

Video IGTV itu dimuat naik dengan kapsyen,

“More alive than ever. Dan saya masih menunggu segala-galanya milik saya untuk dikembalikan.”

https://www.instagram.com/p/B4dH_utlZNB/

Dalam video tu Maradona berkata,

“Saya tidur dengan tenang sebab saya bekerja. Saya tak tahu apa yang Gianinna maksudkan. Saya tahu bila semakin tua orang akan lebih prihatin tentang apa yang akan ditinggalkan (selepas mati) daripada apa yang kita sedang lakukan.”

“Saya sangat sihat.”

Maradona kini merupakan jurulatih untuk kelab Gimanisia La Plata dan mempunyai beberapa masalah kesihatan serta telah menjalani pembedahan lutut awal tahun 2019.

Maradona1
sumber: daily mail

Kiranya, anak Maradona ni keluarkan kenyataan tu sebab risau dengan keadaan kesihatan bapa dia. Sebab tu minta orang ramai doakan.

Nampak macam pakcik pakcik tapi sebenarnya legend!

Baca: “Awak role model untuk Islam!” – Pemain Bola Sepak Mo Salah Dikecam Kerana Berpelukan Dengan Model di Majalah

Mosalah La Kau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.