in

“Awak role model untuk Islam!” – Pemain Bola Sepak Mo Salah Dikecam Kerana Berpelukan Dengan Model di Majalah

Mosalah La Kau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat bola sepak pasukan Liverpool, korang mesti kenal pemain Mo Salah kan? Mo Salah atau nama penuhnya Mohamed Salah ni seperti yang korang tahu seorang Muslim dan mempunyai ramai peminat yang beragama Islam di seluruh dunia.


Namun baru-baru ni, Mo Salah telah dikritik oleh peminat Muslim kerana sebuah gambar yang dimuat naiknya di Instagram. Gambar tersebut menunjukkan Mo Salah bersama model, Alessandra Ambroisio berpelukan untuk majalah GQ. 

View this post on Instagram

#GQAwards @gqmiddleeast

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah) on

 

“Sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin berpelukan dengan wanita bukan mahram, ia tak saja haram tapi ia tidak menghormati isteri kamu!”

Gambar tersebut telah mendapat perhatian seorang pendakwah luar negara bernama Ali Dawah yang telah mengkritik Mo Salah di laman Instagram.

Menurutnya, tindakan Mo Salah tu bukan saja menunjukkan sikapnya yang tidak islamik malah dia juga tak menghormati isterinya memandangkan Mo Salah juga sudah berkahwin. Kan lelaki dan perempuan bukan mahram tak boleh bersentuhan.

 

“Masih salah sebab biarkan non mahram peluk awak” – Netizen

Malah ada juga di kalangan peminatnya yang mengkritik tentang hal yang sama. Uish tak bestlah bila macam ni kan?

Salah
sumber: twitter
Salah 2
sumber: instagram

Sungguhpun terdapat komen yang meminta netizen lain ‘mind your own business’, bagi min teguran tu ada betulnya jugak. Jadi apa pendapat korang? Setuju atau tak dengan apa yang Mo Salah buat ni? 

Baca: “Tiada masalah, ini kan zaman moden” – Keluarga OKAY Dengan Pesta ‘Selfie’ Di Pusara Allahyarham BJ Habibie?

Habibie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.