in

Jurulatih Dakwa Mesir Dizalimi Selepas Tewas Kepada Argentina, Apa Maksud Tanda ‘X’ Hossam Hassan?

Hossam Hassan X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil selepas pasukannya tewas 3-2 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.

Mesir pada mulanya berada di kedudukan terbaik untuk mara apabila mendahului 2-0, namun Argentina bangkit pada babak kedua sebelum melengkapkan kemenangan dramatik 3-2 menerusi Lionel Messi dan rakan sepasukan.


Dakwa Mesir dilayan secara tidak adil

Ketika masa kecederaan, Hassan dilayangkan kad kuning oleh pengadil dari Perancis, Francois Letexier sebelum membuat isyarat berbentuk huruf ‘X’ ke arah pengadil berkenaan.

Isyarat itu lazimnya digunakan dalam bola sepak bagi melaporkan dakwaan insiden perkauman, namun tidak dapat dipastikan sama ada Hassan merujuk kepada perkara itu atau mempunyai maksud lain.

Screenshot 2026 07 08 104035

Artikel berkaitan: “Hasbunallah Wanikmal Wakil” – Pemain Mesir Menitis Air Mata, Dakwa Perlawanan Dengan Argentina Tak Adil

Artikel berkaitan: Penganjur Didakwa Sekat Perjalanan, Iran Buat Aduan Kepada FIFA

Selepas perlawanan, Hassan mendakwa pasukannya menjadi mangsa layanan tidak adil. Dia mendakwa Mesir dinafikan sekurang-kurangnya dua sepakan penalti dan beberapa keputusan penting tidak dirujuk kepada Sistem Bantuan Pengadil Video (VAR).

Dakwanya lagi, terdapat pihak yang mahu memastikan Argentina mara ke suku akhir bagi meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan dunia.

“Kehidupan memang tidak adil. Dunia juga tidak adil. Tetapi mengapa tiada keadilan dalam sukan? Saya tidak dapat menerima keputusan ini dan cara perlawanan ini dikendalikan,” katanya.

Apa maksud sebenar tanda X?

FIFA memperkenalkan isyarat silang berbentuk ‘X’ sebagai sebahagian daripada protokol baharu untuk memerangi perkauman dalam bola sepak.

Sekiranya pemain, pegawai pasukan atau pengadil menyaksikan insiden berunsur perkauman, mereka boleh membuat isyarat ‘X’ dengan menyilangkan tangan di hadapan dada sebagai tanda melaporkan kejadian tersebut kepada pengadil.

Selepas isyarat itu dibuat, pengadil mempunyai kuasa untuk menghentikan sementara perlawanan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Jika kejadian berkenaan masih berterusan, perlawanan boleh digantung, malah dalam situasi yang lebih serius, pengadil berhak menamatkan perlawanan sepenuhnya.

Bagaimanapun, garis panduan FIFA tidak menyatakan bahawa individu yang membuat isyarat ‘X’ secara automatik akan dikenakan kad kuning.

 

View on Threads

 

Selain memperkenalkan isyarat tersebut, FIFA turut menguatkuasakan peraturan baharu yang membolehkan pemain dilayangkan kad merah jika didapati menutup mulut ketika bercakap di atas padang.

Langkah itu diperkenalkan bagi mengelakkan pemain menyembunyikan percakapan mereka daripada pembaca gerak bibir, khususnya jika melibatkan kata-kata berunsur perkauman terhadap pihak lawan.

Sumber: Harian Metro, Threads, ladbible

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.