in

“Saya tak tahan, lapar…” – Pramugari Mengaku Lari Dengan Abang Angkat Sebab Tunggu Lama di Bilik Isolasi, Dah Kembali di Hospital

Pramugari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari Singapore Airlines didakwa telah melarikan diri dari Hospital Parit Buntar dan dikatakan mempunyai simptom Covid-19. Difahamkan, wanita berusia 21 tahun itu sepatutnya dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut namun menolak dan menghilangkan diri.

Ketika pemeriksaan awal, dia akui demam sejak 13 hari lalu selepas pulang dari Singapura. Ramai netizen mengecam tindakan pramugari itu yang dikatakan mementingkan diri kerana memberi risiko kepada orang lain.


Lari 2

Bagaimanapun, melalui Instagram pramugari itu telah pun tampil memberikan penjelasan dan katanya semua yang berlaku adalah salah faham. Menurut mStar, Mitchell Adriyana Abdul Malik atau lebih mesra dipanggil Yana itu telah pun kembali ke hospital dan kini sedang dirawat.

Bagi saya kes dah selesai. Tapi saya terkilan kenapa nak viralkan saya sedangkan saya dah call pihak hospital maklumkan nak datang hari ini (Selasa). Sekarang saya dah kat hospital dan sedang dirawat.”

Yana7

Yana juga akui dibantu oleh abang angkatnya untuk melarikan diri kerana tidak diberikan makanan dan minuman sepanjang berada di bilik isolasi untuk saringan. Bukan itu saja, kata Yana dia bukanlah pramugari seperti yang ditulis di laporan polis tetapi masih menjalani latihan kru kabin.

“Memang saya mengaku saya lari. Saya dah tak tahan duduk situ, tanpa makan dan minum. Saya pun menangis dekat abang angkat saya cakap nak makan apa semua.” Tak apalah abang angkat saya pun bawa saya pergi makan. Lepas tu saya tak larat balik hospital, jadi saya baliklah rumah family abang angkat saya.”

“Sebenarnya ada timbul salah faham. Saya dah call pihak polis dan pihak hospital semalam (Isnin), beritahu saya akan datang hari ini (Selasa). Kalau nak saya datang semalam saya memang tak larat.”

“Hari Ahad saya datang nak check demam sebab saya dah demam banyak hari. Tunggu dari pukul 8 malam sampai 1 pagi tapi tak ada result apa-apa. Mereka hantar surat kat saya cakap nak transfer ke Hospital Taiping. Lepas tu mereka cakap saya boleh balik rumah kuarantin. Esok (Isnin) pagi mereka cakap Hospital Taiping full…lepas tu tolak pergi Hospital Ipoh.”

Yana1

Jururawat suruh saya tunggu lagi dari pukul 3 petang tanpa makan minum. Saya mestilah lapar…dahaga lagi. Nak pergi toilet pun tak bagi.”

Saya belum disahkan positif. Pihak hospital tak cakap result saya, darah saya pun mereka tak ambil. Saya tak pergi mana-mana pun. Kawan-kawan saya pun tak ada yang demam.”

Yana minta maaf menyusahkan orang ramai. Terima kasih yang doakan Yana. Doakan Yana cepat sembuh.”

Yana6

Alhamdulillah kes dah selesai…

Baca: “Ni dah kira jenayah” – Pramugari Ada Simptom Covid-19 Lari Dari Hospital Parit Buntar?

Feature 4 20

Sumber: mStar
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.