in

“Ni dah kira jenayah” – Pramugari Ada Simptom Covid-19 Lari Dari Hospital Parit Buntar?

Feature 4 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kes wabak Coronavirus semakin menunjukkan peningkatan di negara kita, ramai juga yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri daripada hospital walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 masih lagi tidak dikeluarkan. Selfishnya orang macam ni.


Kali ini, seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari Singapore Airlines pula telah lari dari Hospital Parit Buntar semalam walaupun mempunyai simptom penyakit Coronavirus, lapor Sinar Harian.

Lari 2

Wanita yang berusia 21 tahun itu telah ke hospital terbabit pada Ahad lalu untuk pemeriksaan setelah mengadu demam sejak 12 hari yang lepas setelah pulang dari Singapura.

Dia sepatutnya dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut namun menolak sebelum berjaya meloloskan diri.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita ini kerana perkara ini boleh menyusahkan orang lain dan meningkatkan risiko jangkitan.

Lari 3

Namun, menurut Facebook Kerian Infozone HQ, difahamkan bahawa wanita ini telah ditemui semula dan dia juga telah kembali semula ke hospital yang berkenaan.

Harapnya pesakit lain tidak melakukan perkara yang sama. Kesian dekat frontliners kita ni. 

 

Baca: “Memang suka susahkan orang eh” – Peserta Tabligh Suspek COVID-19 Lari Dari Klinik Kesihatan Seksyen 32 Shah Alam

Lari

Sumber: mStar
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.