in

“Saya menang!!!” – Terlalu Teruja Main Mahjong, Placenta Tertanggal Dari Rahim Ibu Mengandung

Mahjong Beranak

Kerana terlalu teruja ketika bermain mahjong, placenta seorang wanita mengandung tertanggal dari rahimnya, lapor WORLD OF BUZZ. Ketika kejadian itu berlaku, wanita dari bandar Jingmen di wilayah Hubei, China itu sedang sarat mengandung 9 bulan dan menunggu saat melahirkan.

Sewaktu mendapat tahu dirinya hamil, wanita itu membuat keputusan untuk berhenti kerja dan hanya berehat di rumah sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan.

Risau dia akan rasa terlalu bosan di rumah berseorangan, saudara mara dan rakan-rakan kerap datang melawat dan mereka cadangkan untuk bermain mahjong untuk menghiburkannya.

Mahjong Game
gambar hiasan

Wanita itu terus bersetuju dan berasa gembira kerana dapat berinteraksi ketika bermain mahjong bersama-sama. Pada satu hari, dia bertuah dan mula menang wang yang banyak dari permainan tersebut.

Giphy

Meskipun sudah bermain beberapa pusingan, dia enggan untuk berhenti dan teruskan permainan tersebut. Malangnya, dek kerana teralu teruja dan menjerit keriangan, darahnya tiba-tiba mengalir di antara kaki. Kesemua yang ada di situ yang ternampak darah di celahan kakinya terus panik.

Mereka kemudian terus menghantarnya ke hospital dan doktor mengesahkan dia mengalami ‘gangguan placenta’. Ianya adalah situasi di mana placenta tersebut telah tertanggal dari rahimnya sebelum kelahiran bayi bersama dengan simptom termasuk pendarahan faraj dan sakit di bahagian bawah perut.

Hamil
gambar hiasan

Doktor terpaksa lakukan prosedur kelahiran dan bayi dalam perutnya berjaya diselamatkan. Kedua-dua wanita itu dan anaknya berada dalam keadaan stabil. Wanita itu juga dimaklumkan yang dia mungkin tidak sedar dia sudah duduk terlalu lama ketika bermain mahjong menyebabkan tekanan di urat rahimnya meningkat.

Selain itu, doktor tersebut juga menasihati agar wanita yang mengandung dan berada di trimester ketiga agar mengelakkan daripada duduk terlalu lama.

Baca: “Rasa macam anak sendiri” – Ibu Bapa Gembira Bila Anak 16 Tahun ‘Mengandungkan’ GF Sebab…

Atuknenek