Bagi mereka yang follow perkembangan terbaru pelakon Elfira Loy, baru-baru ini dia ada mengumumkan yang dia kini hamil anak kedua. Yeay Rayyan bakal dapat adik!
Posting-posting di Instagram Elfira juga boleh dikatakan sangat inspiring sebab dia dilihat tabah dalam menjaga anak yang sakit dan tak kurang juga sentiasa kelihatan cantik walaupun berbadan dua.
Elfira mengidam nak lompat swimming pool?
Pun begitu, Elfira baru-baru ini telah memuat naik satu posting yang memaparkan aktivitinya bercuti bersama keluarga di sebuah pusat peranginan.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah aksi ‘ngeri’ yang dilakukannya iaitu dengan melompat ke swimming pool dalam keadaan dirinya yang sedang sarat hamil. Ah seramnya min tengok!
https://www.instagram.com/p/Ca4EWGWoqal/
“Ya Allah El lajunya lari hahaha bahaya la!”
Video berkenaan mendapat perhatian netizen dan rakan-rakan artis yang risau melihat aksi beraninya itu. Malah ada juga yang kagum dengan keberanian Elfira dengan mengatakan dia seorang ‘superwoman’!
“I baca doa sebelum lompat tu”
Dalam pada itu, Elfira menerusi posting di IG stories menjelaskan yang dia sudah lama memikirkan untuk melakukan aksi lompat itu atau tidak.
Menurutnya lagi, keinginan untuk melakukan aksi itu membuak-buak seperti rasa mengidamkan sesuatu. Pun begitu, Elfira harap perbuatannya itu tidak menjadi ikutan ibu hamil yang lain.
I rasa mengidam nak lompat ni sebab dah plan lama nak lompat. I tak suggest untuk lompat bagi sesiapa yang tak berani.
“I percaya Allah lindungi I, I baca doa sebelum lompat tu. Terima kasih risau pasal I, bila dah buat baru fikir, kenapa I buat,” katanya.
Powerlah Elfira! Masa mengandung pun boleh lari dan melompat tu!