in

“Rasa macam anak sendiri” – Ibu Bapa Gembira Bila Anak 16 Tahun ‘Mengandungkan’ GF Sebab…

Atuknenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu seumur 38 tahun dah dapat jadi nenek setelah anaknya 16 tahun tak sengaja buatkan teman wanita dia mengandung.


Ibu bersama suaminya yang berumur 42 tahun itu kini menjadi atuk dan nenek sepenuh masa untuk jaga cucu diaorang macam anak sendiri. Berbeza dengan ibu bapa lain yang susah untuk terima hakikat anaknya mengandungkan orang lain, pasangan ini pasrah malah rela jaga cucunya itu.

 

Baru dapat rasa parenting sebab masa muda sibuk kerja

News 93Cdcf0Df6F04C55A3158A3Afbd79710
Sumber : oriental daily

Menerusi Oriental Daily, pasangan dari Taiwan ini dah kahwin awal dan dikurniakan anak semasa mereka masih muda. Disebabkan itu, mereka terpaksa suruh ibu kepada si bapa ni untuk jagakan anak-anak mereka sebab mereka kena bekerja.

Jadi, mereka jarang luangkan masa dengan anak mereka. Tanpa diduga, bila anaknya dah menjangkau umur 16 tahun, anaknya ‘mengandungkan’ teman wanitanya.

News Fa25Effafc394548Af07Babd588Fe43C
Sumber : oriental daily

Mereka pun jagalah bayi itu, masa ini lah mereka rasa macam baru pertama jadi ibu bapa. Mereka sampai terpaksa buka internet untuk belajar parenting skill sebab sepanjang si anaknya membesar mereka sibuk bekerja.

News 519641D88F0B406B984C5Cae9944A2B2
Sumber : oriental daily

Si ibu ni sekarang sanggup berhenti kerja untuk jaga cucunya. Katanya kalaulah itu anak dia sendiri, dia pasti akan jaga seeloknya. Malah si ibu ini luah katanya cucunya ini dah macam anak dia sendiri berbanding anak kandungnya.

Menurut si bapa pula, dia hanya mempunyai empat hari untuk membuat persediaan mental untuk menjadi seorang atuk memandangkan dia baru tahu kehamilan teman wanitanya itu empat hari sebelum cucunya dilahirkan.

Ywaeib3Jmaf4Qx7Dmanmwjepwwqzlutvhkj6Nysieju
Sumber : oriental daily

Katanya lagi, teman wanita anaknya tu sendiri baru tahu yang dia mengandung semasa kandungan berusia 37 minggu lepas buat ujian kehamilan. Dia buat pemeriksaan ultrasound dan bersalin 4 hari kemudian.

Walaupun dia bahagia menjadi atuk dan diberi peluang kedua untuk merasai parenting lagi, dia ada menasihati anak remajanya itu untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Mungkin mereka cuba terima dari sudut positif sebab silap mereka abaikan anak, sekarang ada peluang untuk didik dengan baik.

 

Baca : “Arwah tinggalkan pengganti”- Dua Hari Lepas Allahyarham Mejar Zahir ‘Pergi’, Isteri Baru Tahu Diri Hamil

Hamil

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.