[VIDEO] Wanita Sarat Mengandung ‘Stuck’ Dalam Lif, Berjaya Keluar Lepas 2 Jam Terperangkap

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Wanita Sarat Mengandung ‘Stuck’ Dalam Lif, Berjaya Keluar Lepas 2 Jam Terperangkap

Mesti ramai di antara kita yang mempunyai fobia dengan lif sebab kita takut terperangkap dalam lif yang ruangannya kecil dan sempit.

Korang pernah terbayang tak, kalau terperangkap dalam lif tu dan kena tunggu berjam-jam lamanya untuk pasukan penyelamat sampai.


Baru-baru ini telah tular sebuah video di Tiktok, memaparkan detik cemas yang dilalui oleh seorang wanita apabila dia terperangkap dalam lif bangunan kediamannya selama dua jam.

Dari video tersebut, yang lebih mencemaskan adalah apabila mangsa, Farieyna Nasya sedang sarat hamil sembilan bulan yang cuma menghitung hari untuk bersalin.

Menurut Farieyna, dia ada menghubungi pihak penyelenggara bangunan tersebut namun, mujur pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu untuk melakukan sesi menyelamat.

Video berdurasi 26 saat itu memaparkan beberapa orang anggota bomba berjaya menarik keluar wanita itu dari lif sambil kedengaran suara anaknya yang memanggil “mummy, mummy.”

Screenshot 2022 11 10 115344Sumber: Tiktok

Difahamkan pada waktu itu, Farieyna dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya sebelum berlaku insiden tidak diduga ini, manakala suami dan anak sabar menantinya di sebalik pintu lif berkenaan.

“Pengalaman bawa perut sembilan bulan. Teperangkap dalam lif dua jam sebelum pergi kerja.. Anak dan suami setia menunggu saya keluar dengan selamat,” kongsinya.

Sebab tu aku fobia naik lif…

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan perasaan takut dan fobia terhadap pengalaman yang terpaksa dilalui Farieyna itu.

Ramai juga yang meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak bomba atas tindakan pantas menyelamatkan mangsa.

Screenshot 2022 11 10 115151Sumber: Tiktok

Screenshot 2022 11 10 115232Sumber: Tiktok

Seram betul bila jadi macam ni, nasib baik pihak bomba laju bertindak..

Baca : [VIDEO] Van ‘Block’ Laluan Kecemasan, Wanita Hamil Terpaksa Tahan Sakit Hadap ‘Jam’

Wanita Hamil Lalu Emergency Lane 2 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Wanita Sarat Mengandung ‘Stuck’ Dalam Lif, Berjaya Keluar Lepas 2 Jam Terperangkap
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-wanita-sarat-mengandung-stuck-dalam-lif-berjaya-keluar-lepas-2-jam-terperangkap/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM