Semenjak dua menjak ini, panas di media sosial membincangkan mengenai isu kemelut misi kemanusiaan di Gaza oleh Ustaz Ebit Lew yang telah melibatkan dua individu lain iaitu Caprice dan juga rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, Nadir Al Nuri.
Beberapa hari lepas, Caprice dikatakan berjanji untuk membuat sesi live demi menyampaikan ‘cerita sebenar’ yang dikatakan melibatkan ‘misi Gaza’.
Walau bagaimanapun, Caprice kemudian telah memohon maaf atas kekhilafannya terhadap team Ustaz Ebit dan lain-lain berkaitan isu tersebut.
https://www.instagram.com/p/CRfLLCwBZ2J/
Nadir Al Nuri dedah kisah sebenar apa yang berlaku di Gaza?
Namun hari ini, warga netizen dikejutkan satu pendedahan daripada saudara Nadir Al Nuri mengenai isu sebenar yang berlaku ketika misi kemanusian Ustaz Ebit Lew yang berlangsung di Gaza baru-baru.
Menerusi perkongsian Nadir di Telegram dan kemudian dikongsikan semula di Twitter, terdapat beberapa teguran peribadi yang dinyatakannya kepada Ustaz Ebit yang menyentuh isu bantuan dan cara kemasukan team Ustaz Ebit ke Gaza.
Menurutnya, semuanya bermula apabila dia mendapat perkhabaran mengenai ‘Misi bantuan EL ke Bumi Gaza’ yang mana dia kemudian dihubungi oleh seorang individu bernama Ustaz Zul dari team Ebit Lew yang bertanya bagaimana caranya untuk mengirim bantuan ke Gaza.
Walau bagaimanapun, perbualan Ustaz Zul dan Nadir terhenti begitu saja kerana mesejnya tidak dibalas selepas menghantar kertas kerja mengenai misi bantuan tersebut.
“Berjanji akan jadi ORANG PERTAMA menyambut Tim EL di sempadan bumi Gaza”
Namun tidak lama selepas itu, Nadir mendapat tahu yang pasukan Ustaz Ebit ingin membuat misi ke Gaza dan kini sudah berada di Kairo, Mesir.
Menurut Nadir, kedatangan ustaz tersebut sangat-sangat dialu-alukan dan dia juga berjanji akan menjadi orang pertama yang akan menyambut pasukan tersebut. Namun percubaannya untuk berhubung dengan pasukan ustaz tersebut menemui kegagalan kerana tidak mendapat sebarang maklum balas.
Malah pada ketika itu juga netizen hangat memperkatakan tentang ‘kehilangan’ Ustaz Ebit tiba-tiba dari media sosial kerana tidak memuat naik sebarang status mengenai keadaannya di sana.
Disebabkan Nadir diasak dengan pelbagai persoalan daripada netizen yang bertanyakan mengenai Ustaz Ebit kepadanya dalam sesi live, dia kemudian memuat naik status meminta pasukan ustaz tersebut memaklumkan keadaan mereka kepada netizen yang mereka dalam keadaan selamat.
“Amat terkejut bila mana saya melihat… pembelian bantuan barangan bantuan 4 lori”
“Saya dengki EL masuk ke Gaza?”
Nadir kemudian menceritakan mengenai saat-saat mereka menyambut kumpulan Ustaz Ebit Lew masuk ke Gaza. Menurutnya, sebaik mengetahui mereka telah sampai di Rafah, Mesir, Nadir bersama anaknya Naeem bergegas ke sempadan untuk menyambut team Ustaz Ebit.
Pasukan tersebut akhirnya tiba sekitar jam 2 pagi, kegembiraan Nadir kemudian katanya bertukar menjadi hampa apabila Ustaz Ebit sendiri katanya tidak bersalam atau menegur Nadir semasa di sana.
Malah dia juga telah ditegur oleh ‘bodyguard’ ustaz tersebut yang memintanya untuk memadam gambar dan video yang diambil serta tidak boleh membuat sebarang live kerana ada ‘stesen televisyen berbayar’ di situ yang membuat liputan.
(Gambar kanan) “Video viral EL dan tim sampai ke Gaza. Kalau dilihat di sebelah kanan hujung skrin saya dan Naeem berdiri dari jauh. Kami hadir menunaikan tanggungjawab sebagai tuan rumah walaupun coverage tim media seolah-olah kami tidak wujud.”
– Nadir pic.twitter.com/6qGcvzvicS
— Ajwad Shafie | Tip Produktiviti & Penulisan (@ajwadshafie) July 20, 2021
“Kalau sebelum ini masuk bersama Miles of Smiles, kini terpaksa menggunakan cara baru… bayar kepada syarikat harga yang tinggi”
Menurut Nadir, terdapat kesan besar yang berlaku selepas kemasukan Ustaz Ebit ke Gaza kali ini iaitu antaranya ialah jika sebelum ini NGO boleh memasuki ke Gaza menggunakan cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan bayar kepada syarikat dengan harga yang tinggi.
Berikut antara penjelasannya…
“Integriti dan transparensi dalam perbelanjaan NGO?”
Susulan itu, Nadir memohon pihak Ustaz Ebit untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai perbelanjaan mereka di sana dan apa yang berlaku di sana supaya tidak timbul fitnah serta pertelagahan semasa sendiri.
Harap ada maklum balas dari pihak Ustaz Ebit pula mengenai isu ini.
Baca: “Niat tu betul, team dia perlu terorganisasi” – Nadir Dedah Kaedah UEL Masuk Gaza Kurang Tersusun?