in

“Niat tu betul, team dia perlu terorganisasi” – Nadir Dedah Kaedah UEL Masuk Gaza Kurang Tersusun?

Uel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pejuang Melayu-Palestin yang aktif melakukan misi kemanusiaan di bumi Gaza sebelum ini pernah membuat satu kenyataan berhubung dengan bantuan oleh Ustaz Ebit Lew.


Difahamkan Nadir yang sebelum ini merupakan pelajar Malaysia yang berada di sana menjelaskan bahawa, pasukan UEL masuk ke Palestin dengan cara tak tersusun.

 

Tak salahkan Ustaz Ebit Lew, cuma team perlu lebih teratur – Nadir Al-Nuri

Rakaman itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan isu yang terjadi kepada UEL baru-baru ini. Cukup dikenali dalam membantu rakyat Malaysia yang ingin masuk ke Gaza, Nadir menjelaskan bahawa UEL ada menghubunginya.

2021 05 17 15.27.29 E1621241041545

“Kita bagi proposal tidak dibalas, tetapi dengar-dengar, tiba-tiba dah sampai di Cairo, bila mereka dah sampai ke Cairo mereka telah menghubungi NGO kita di Malaysia dan bertanya macam mana nak masuk.”

“Kami beritahu memang tak boleh masuk. Gaza ni bukan macam Afrika, bukan macam Sabah dan bukan macam tempat-tempat lain yang kita boleh pergi dan terus buat kerja.”

Nadir juga turut menjelaskan bahawa setiap tempat akan ada NGO dan Lembaga Zakat mereka tersendiri.

Disebabkan itu, Nadir menjelaskan bahawa kaedah pasukan UEL membuat perancangan ini difahamkan tidak tersusun. Bagaimanapun, Nadir tidak menyalahkan UEL dalam hal ini.

365144

“Niat tu dah betul dan saya tak salahkan UEL, tapi team dia perlu lebih terorganisasi dan apa yang dibuat oleh UEL dia pergi beli barangan di Cairo dan dihantar masuk ke Gaza.”

Bagi Nadir, perkara itu bukanlah menjadi satu masalah, tetapi apa yang menjadi masalanya adalah apabila seseorang itu masuk ke Gaza, biasanya individu tersebut akan memberikan bantuan dari segi kewangan sahaja.

“Kami akan beli barangan tersebut dalam Gaza. Sebab kita boleh perkasa ekonomi di bumi Gaza.”

Tambah Nadir, barang-barang yang diberikan oleh UEL itu boleh didapati di Gaza sendiri.

Dalam pada itu, Nadir juga meluahkan rasa terkilan kerana banyak NGO telah diserang oleh netizen dari Malaysia yang beranggapan bahawa menggunakan saluran lain jauh lebih baik berbanding dihantar kepada pihak-pihak sebegini.

Nadir juga menjelaskan yang pihaknya seringkali berbincang dengan pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pembangunan Masyarakat, dan kementerian-kementerian lain untuk memastikan proses bantuan dapat dijalankan dengan teratur.Namun, semuanya disalah ertikan.

 

Baca : Kembali Dari Palestin Ke Tanah Air, Ustaz Ebit Lew Terus Gerakkan Bantuan Walau Masih Kuarantin

Ebit

Sumber: Nona
Sumber: Nona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.