“Saya diberi nama Siti Mula, adik pula Siti Jadi” – Ini Kisah Lucu Disebalik Nama Mereka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Perasan tak nama budak-budak zaman sekarang sangatlah panjang dan rumit untuk disebut. Kalau kita imbas kembali pada zaman dahulu, ibu bapa namakan anak-anak mereka dengan nama yang ringkas, mudah disebut dan penuh dengan makna. Betul tu, sekarang ni berbelit lidah nak sebut.

Samalah seperti nama unik yang diberikan kepada Siti Mula Senik, 60, berasal dari Kampung Batu Besar, Sik, Kedah dan adik beradiknya yang berkongsi mengenai sejarah nama mereka, lapor Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

“Mak bagi nama lain, pak pi buh (daftar) nama lain.”

Selepas kelahirannya, timbul perselisihan antara arwah ibu, Che Dah Jaafar dan bapanya, Senik Wan Ismail ketika nama Siti Mula diberikan.

“Arwah ibu sebenarnya cadangkan arwah ayah letakkan nama saya sebagai Siti Melor. Tapi bila pi daftar dekat pejabat pendaftaran, pak letak nama Siti Mula. Dari cerita arwah ibu, mereka berdua bertikam lidah sebab nama Siti Mula.”

Menurut Siti Mula, bapanya memberikan alasan bahawa nama Siti Mula adalah lebih mudah untuk disebut dan turut mempertimbangkan untuk menamakannya Murah. Haih lawak sungguh cadangan nama ayah dia…

Peristiwa yang sama turut berulang apabila bapanya menamakan adik beradik yang lain dengan nama yang seumpama dengan Siti Mula.

“Nama adik kedua mak letak Zakaria, tapi ayah daftar Mat Dali, nama adik bongsu mak letak Che Gayah pak daftar dengan nama Siti Jadi.”

Sumber: Sinar Harian

Masalah mental yang dihadapi bapanya turut menjadi penyumbang utama terhadap nama yang diberikan.

“Mungkin waktu nak pi daftar nama saya fikirannya terganggu. Sampai hari ni kami sekeluarga tak tahu sebab apa nama saya diberi Siti Mula.”

Sumber: Sinar Harian

Takpelah. Nama makcik lebih unik berbanding nama budak-budak zaman sekarang! Betul la kata arwah bapa makcik, mudah nak sebut. Hehe

Baca: Bayi Diberi Nama ‘Pajero Sport’ Jadi Perhatian Ramai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.