in

Bayi Diberi Nama ‘Pajero Sport’ Jadi Perhatian Ramai

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya nama pasti membawa maksud yang indah. Setiap ibu bapa pasti mahukan nama anak yang membawa maksud yang baik-baik dan sedap didengar atau dipanggil. Tapi, ternyata tidak semua berfikiran sebegitu.


Pasangan dari Tangerang Selatan, Indonesia menjadi perhatian ramai apabila menamakan bayi mereka yang dilahirkan pada 26 April lalu – Pajero Sport!

Pajer2
sumber: indianautosblog

Menurut Muis Iskandar, dia sendiri yang mahu anak mereka dinamakan dengan nama sebegitu kerana meminati pacuan empat roda tersebut.

Ketika isteri melahirkan anak kami, saya mengidam untuk menamakannya ‘Pajero Sport’. Ada yang berkata saya sengaja mahu menarik perhatian Mitsubishi, tapi dakwaan itu sama sekali tidak benar.”

Mengidam bagi nama anak macam tu? Peliknyaaa…

Cerita Muis dan isterinya Novi Yanti serta anak lelaki mereka itu mula mendapat perhatian ramai termasuk pihak media apabila gambar kad kelahiran anaknya tular di media sosial tempatan.

Pajero
sumber: harian metro

Kisah nama anaknya yang unik tu telah berjaya menarik perhatian Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) yang kini sedang mencari mereka untuk berjumpa dengan bayi tersebut.

Hal berkenaan diumumkan di media sosial syarikat itu yang dikenali sebagai Mamabishi oleh ketua perhubungan awam dan tanggungjawab sosial korporat MMKSI, Intan Vidiasari.

Pajero1
sumber: grid. Id

Sesiapa yang mengenali atau mempunyai nombor telefon keluarga bayi bernama Pajero Sport dan anak keempat pasangan M Muis Iskandar dan Ibu Novi Yanti sila hubungi Mamabishi.”

Mamabishi teringin bertemu dengan bayi itu untuk mengucapkan selamat dan terima kasih.”

Hurmm, apa lah nama tiga anak dorang yang lain…

Baca: Budak Mata Biru Disangka Pakai Kanta Lekap Curi Tumpuan Di Beaufort

Mata Biru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.