in

“Saya dah tua, macam mana nak pertahankan diri? Saya tak kuat” – Nenek Lari Rumah Lepas Dibelasah Teruk Cucu, Terpaksa Tidur Tepi Jalan

Nenekdidera 1

Tak kisah samada ibu atau nenek, marah mana pun kita dengan dia jangan sampai langgar batas kita dekat orang yang dah lahirkan dan besarkan kita.

Merekalah orang yang paling banyak berkorban untuk kita untuk pastikan yang terbaik untuk kita dan dibesarkan dengan baik. Sebagai anak memang tanggungjawab kita untuk membalas jasa mereka tapi malang sungguh untuk nasib seorang nenek ni.

 

Selalu kena belasah dengan cucu

87372471 1317446635106457 3436248865030799360 N 1 Satu perkongsian sayu di Facebook post sangat meruntun hati netizen dimana seorang wanita tua dari Thailand ini teruk dipukul oleh cucunya, dia ditemui tersadai di tepi jalan. Lapor WORLD OF BUZZ.

Menurut netizen yang menjumpai nenek tersebut, dapat dilihat badan dia dipenuhi dengan bengkak-bengkak dan terbiar sebatang kara. Apabila ditanya, nenek tersebut menceritakan yang cucunya itu kaki botol, dia selalu kena pukul dan sepak terajang ketika dia tengah mabuk, dia tak dapat nak lindungi diri sebab tinggal serumah.

Tetapi selepas dipukul dengan teruk begitu sekali, nenek tersebut terpaksa menyelinap keluar rumah dan tak ada pilihan lain untuk tidur di tepi jalan.

87381659 1317446498439804 2248768507372109824 N 1

 

 

Saya dah tua, macam mana nak pertahankan diri? Saya tak kuat”

87396882 1317446548439799 8865260957954211840 N 1

Dalam gambar ini pun dapat dilihat kesengsaraan yang warga emas malang ini sedang hadai, matanya bengkak sampai berdarah-darah, tangan dia pun ada cedera dengan sampai ada luka-luka dan berbirat teruk.

Teruk sangat ni dia kena pukul. Allahuakbar, terus admin terbayang ibu dan nenek admin.

87264138 1317446461773141 5271598947364765696 N 1

Buat amsa ini, tak pasti sama ada nenek itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan, atau laporan polis telah dibuat atas tingkah laku cucunya yang biadap tu.

Harap dia dapat bantuan, dan mendapat rawatan secepat mungkin!

 

Baca : Nenek Buta Terseksa Didera Keluarga Sendiri Selama 3 Tahun

Nenekdiseksa

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook