in

Nenek Buta Terseksa Didera Keluarga Sendiri Selama 3 Tahun

Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejam sunggguh perangai orang zaman sekarang ye! Sampai hati dorang dera seorang nenek buta yang tak berdaya. Menurut The Star, seorang nenek berusia 79 tahun telah berjaya diselamatkan pada 7 Ogos lalu di rumah anak saudara lelakinya lepas telah dikurung selama 3 tahun. 


A3Bc
sumber: blog

Nenek ni katanya telah didera dengan teruk sekali dan jiran-jiran sekeliling pun dah tak tahan asyik mendengar jeritannya setiap hari. Syukurlah NGO Malaysia Tamilar Kular (MTK) menjumpainya dalam keadaan basah kuyup dan duduk berseorangan di luar rumah. Dia jugak nampak takut kalau-kalau anak saudaranya tu pulang dengan tiba-tiba.

“Mereka curah air ke tubuh saya. Saya rasa sejuk sangat. Saya tak nampak apa-apa. 

“Beberapa tempat pada tubuh saya bengkak bengkil kerana mereka selalu pukul saya. Saya hanya dapat sedikit makanan saja,” kata nenek buta tu kepada ahli NGO MTK.

Buta 1
sumber: blog

Keadaan mata nenek tersebut jugak katanya makin teruk lepas tak diendahkan oleh keluarga anak saudaranya sendiri. Menurut wanita tu, pandangan matanya memang sudah mulai kabur tahun lepas tapi anak saudaranya tu buat tak endah je.

MTK kemudian membuat laporan polis pada keesokan harinya dan polis mengambil tindakan pantas dengan menyerbu ke rumah tersebut yang terletak di Taman Siakap, Seberang Jaya.

“Perempuan tu beritahu yang dia tinggal dengan mereka sejak 3 tahun lepas. Dia telah dipukul dengan penyapu, kasut, pinggan dan mangkuk. 

“Setiap kali mereka keluar bekerja, perempuan tu akan dikurung di belakang rumah,” kata polis dalam satu kenyataan media.

Buta 2
sumber: blog

Nenek buta ni dilaporkan telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut dan kini berada di bawah jagaan Central Seberang Perai Welfare Department.

Sementara itu, anak saudaranya dan isteri telah ditahan polis selama tiga hari di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan sengaja menggunakan alat tajam.

Tonton video menyayat hati saat nenek buta tersebut diselamatkan:

https://www.youtube.com/watch?v=SodDJ3JLVVw

Sampai hati buat orang tua macam tu. Macam mana kalau kita dah tua nanti dan anak-anak buat perkara yang sama? Mesti sedih kan? Beringat-ingatlah… 

Baca: Baru Hari Pertama Bekerja, Majikan Iblis Tinju Muka Warga Emas Sampai Lebam 

Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.