in

“Saya dah tak boleh tahan lagi” – Pelajar Malaysia Di Universiti Utah Bunuh Diri Lepas Depress Dibuli Pelajar Kulit Putih

Jerusha Sanjeei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan di Malaysia saja, tapi nampaknya budaya membuli dan rasisme ini ada di mana-mana negara terutamanya di negara besar seperti Amerika Syarikat.


Baru-baru ini, seorang wanita Malaysia yang merupakan pelajar di Universiti Utah, US dilaporkan membunuh diri lepas tak tahan terus-terusan dibuli oleh pelajar berkulit putih di sana. Aduhai… 

 

Buli kerana warna kulit, tuduh orang seperti ini tak layak berjaya 

Menurut Daily Beast, Jerusha Sanjeevi yang berusia 24 tahun ini merupakan calon pelajar Ph.D di universiti tersebut yang bercita-cita untuk menjadi seorang ahli terapi.

Pun begitu, rakan sekelas Jerusha katanya kerap mengutuk wanita ini oleh kerana warna kulitnya yang gelap (Jerusha seorang Chindian) dan mengatakan bahawa dia tak layak untuk mendapat kejayaan serta mengejek perkara tentang keluarganya.

Namun selepas 8 bulan dibuli oleh rakan sekelas, Jerusha akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri pada April 2017.

Lebih menyedihkan pihak universiti pulak tidak serius akan complaint yang dilakukan terhadap rakan sekelas tersebut, malah budak itu pulak tak semena-mena mendapat award. Gila ke apa ni?

Jerusha
sumber: syok

 

Boyfriend bantu buat tuntutan mahkamah terhadap Jerusha 

Demi menuntut keadilan, teman lelaki Jerusha, Matthew Bick telah membuat tuntutan mahkamah terhadap Universiti Utah, Ketua Bahagian Psikologi, rakan sekelas dan beberapa orang profesornya.

Jerusha2
sumber: syok

Menerusi satu perenggan dalam tuntutan mahkamah tersebut, Jerusha ada meninggal nota mengenai perkara yang dilaluinya dengan pembuli-pembuli di universiti tersebut:

“Perkara ini makin memburuk. Saya akan meninggalkan makmal ini kerana saya dah tak boleh tahan lagi,” katanya.

Malah tambah rakan Jerusha, gadis tersebut hidup dalam ketakutan semenjak Trump memenangi pilihan raya lalu. Dia tahu yang dia tiada kuasa kerana merupakan pelajar luar di situ. Malah dia juga tak sangka bagaimana manusia boleh jadi sangat kejam terhadapnya di situ.

 

“Saya takut untuk ke kelas setiap hari kerana saya duduk tiga kaki jauh dari pembuli berkulit putih” 

Beberapa bulan sebelum meninggal dunia, Jerusha yang juga mangsa kepada jenayah rogol ini ada meninggalkan mesej kepada rakannya yang berbunyi,

Setiap hari saya takut untuk ke kelas kerana saya duduk 3 kaki jauh dari pembuli berkulit putih” 

Sanjee
sumber: daily beast

Jenis buli budak-budak US ni bukan calang-calang, antaranya seperti:

  • mengejek namanya sebagai ‘pelik’
  • beritahu mangsa yang badannya berbau makanan India
  • disebabkan kulitnya yang gelap, dia tak boleh menduduki jawatan penting dalam pekerjaan
  • pensyarah dan pengerusi fakulti pun ikut membuli mangsa!

Diharapkan adalah keadilan yang terbaik buat mangsa. Berdosa sungguh beza-bezakan manusia hanya kerana warna kulit dan bangsanya. 

Baca: “Buli sampai mati” – Selain Zulfarhan Osman, Ini 5 Kes Kematian Yang Pernah Menggemparkan Negara Disebabkan Buli

Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.