Sebelum ini negara dikejutkan dengan berita kematian salah seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang 80% anggota badannya dipenuhi kesan terbakar.
Punca kerana kumpulan suspek mendakwa allahyarham telah mencuri komputer riba milik salah seorang suspek..alllahu
Namun dalam kita marah dengan apa yang berlaku ke atas Zulfarhan sebenarnya kes buli tak pernah ‘lenyap’ dari budaya masyarakat di negara ini, namun siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah keluarga? Institusi pendidikan? Pelaku? Atau siapa?
Ini 5 Kes Buli Hingga Sebabkan Kematian Yang Pernah Menggemparkan Negara Suatu Masa Dahulu.
1. Hishamuddin Majid (1988)
Ketika kejadian, Hishamuddin Majid merupakan pelajar Form 5 di Sekolah Menengah Teknik Cheras. Mengimbau kembali tanggal 24 Mac 1988 dua orang pelajar hadir ke sekolah tersebut bagi mengambil slip keputusan peperiksaan SPM mereka, pada masa sama sebagai tradisi mereka akan menurunkan ‘nama’ kepada junior yang terpilih.
Nak dijadikan cerita, Hishamuddin terpilih untuk guna salah seorang nama seniornya nya tapi…
Dia perlu ‘melalui’ satu upacara iaitu, kejadian pukul 11.30am di tandas Hishamuddin dibelasah beberapa bekas pelajar sebagai ‘tanda setuju’ untuk warisi nama tersebut.
Habis dibelasah, dia mintak izin untuk tamatkan sesi kelas lebih awal sebab tak sihat.
Petang hari sama, Hishamuddin semakin tenat sebelum dia kemudiannya dihantar ke hospital pada 7.30pm. Sejam kemudian doktor sahkan dia meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.
Polis berjaya tangkap suspek tapi mereka akhirnya dilepaskan sebab mahkamah gagal buktikan kes kerana tiada saksi.
2. Muhammad Farid Ibrahim (2004)
Kejadian kali ini membabitkan pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan Negeri Sembilan, Muhammad Farid Ibrahim berusia 16 tahun.
Dia meninggal dunia selepas dibelasah beramai-ramai 8 pelajar lain.
Mangsa diikat tangan dan kaki selepas dikatakan berlaku pertengkaran di antara dia dengan senior melibatkan ‘pinjam barang’. Selepas dibelasah sehingga lemah, mereka kemudia tukar pakaian Farid sebelum bawa Farid jumpa warden dan katakan pelajar tersebut jatuh dalam bilik air.
Hospital dapati mustahil kesan lebam dan cedera pada Farid disebabkan jatuh, malah mereka juga dapati ada pendarahan otak pada Farid yang sebabkan pelajar itu pengsan dan meninggal dunia tidak lama selepas dihantar ke hospital.
Kesemua suspek disabitkan bersalah namun terlepas hukuman gantung sampai mati sebaliknya dipenjarakan di Penjara Kajang.
3. Mohd Shahrizal Mohd Shaffie (2008)
Shahrizal, 27 tahun (ketika itu) merupakan tentera yang berpangkat prebet.
Meninggal dunia selepas dikatakan dibuli dan dibelasah 7 tentera lain.
Alasannya dia didakwa ‘tidak cukup jantan’ untuk bergelar askar selain tidak pandai melipat pakaian menyebabkan dia jadi sasaran pembuli di kem tentera.
Dia ditumbuk, disepak, kepala dihentak dengan objek kayu dan dipijak dengan but sukan.
Akibat daripada itu dia akhirnya meninggal dunia pada 5 April 2008, punca kematian adalah akibat hentakan objek tumpul pada tubuh.
7 suspek mengaku bersalah dan dikenakan penjara 7 tahun setiap seorang.
4. Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (2010)
Merupakan salah seorang pelajar di Maktab Tentera Di Raja (MTD). Naim yang berusia 16 tahun merupakan seorang pelajar yang menjadi sasaran senior untuk dibuli sejak sesi persekolahan bermula.
Kejadian berlaku pada 24 Jun 2010 apabila Naim didakwa dibelasah pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri sebelum dia kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Kem Sungai Besi.
Difahamkan malam kejadian kira-kira pukul 10.40pm, Naim dipaksa melakukan tekan tubi sambil diterajang senior.
Dikatakan punca kematian akibat gegaran pada bahagian kelada akibat ditendang, lima pelajar ditahan dan empat daripadanya dibuang sekolah.
Komandan MTD juga dipindahkan selepas kejadian tersebut.
5. Jackson Nuing Awe (2017)
Kes ini agak special berbanding 4 kes diatas apabila melibatkan seorang pelajar Tahun 1 di sebuah sekolah berasrama di Kapit, Sarawak iaitu Jackson Nuing Awe dibelasah seorang pelajar Tahun 6 sehingga meninggal dunia.
Kejadian berlaku pada 24 Ogos, keadaan Jackson agak kritikal, dia kemudian terus dibawa ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan.
Hasil perubatan mendapati terdapat pendarahan teruk pada bahagian kepala serta terdapat kesan lebam di seluruh badan.
Punca kejadian dipercayai berlaku apabila pelajar tahun 6 tersebut naik berang selepas Jackson mengejek nama ayahnya.
Suspek ditahan tetapi kemudiannya dibebaskan kerana perlu menduduki UPSR.
HENTIKAN BULI! Kenapa mesti nak membuli?