in

“Saya berpaling sekejap je” – Kanak-kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape Milik Ibu

Featured Image

Benarlah kata orang malang tidak berbau, seperti apa yang berlaku baru-baru ini.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan maut selepas terminum cecair vape yang mengandungi nikotin milik ibunya dalam kejadian di Melbourne, Australia.

Dilaporkan ketika kejadian, ibu kanak-kanak malang tersebut menuang cecair ke dalam botol vape miliknya ketika kedua-dua mereka berada di rumah yang terletak di pinggir bandar Barat Laut Australia, lapor 10daily.

Vape Bahaya
Gambar hiasan

Wanita itu kemudiannya beredar seketika bagi menyimpan botol vape yang lain, namun tidak disangka-sangka sebaik dia berpaling wanita itu mendapati salah satu cecair vape miliknya sudah berada dalam mulut kanak-kanak lelaki itu.

Panik dengan kejadian itu, wanita tersebut terus membasuh mulut anaknya sebelum menelefon ambulans bagi membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Bagaimanapun selepas 11 hari mendapatkan rawatan, kanak-kanak itu gagal diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia.

103243 Kakibayi
Gambar hiasan

Rupa-rupanya wanita itu menghisap vape bagi menggantikan ketagihannya terhadap rokok. So apa yang dia lakukan ialah mengimport perisa vape dari Amerika Syarikat sejak 18 bulan lalu.

Namun apa yang berlaku terhadap anaknya ini benar-benar meruntun jiwanya.

Kes ini bukan disebabkan kecuaian tetapi kerana detik lewat kewaspadaan si ibu.”-Koroner Philip Bryne

Meskipun vape dikatakan sebagai alternatif yang selamat kepada rokok, namun penggunaannya masih menjadi perdebatan dan isu kontroversi di Australia.

 

So fikir-fikirkan lah korang, nak tegur masing-masing dah besar.

Baca : Faris cuma nak cakap, Faris rindu abah sangat-sangat- Remaja Tak Sangka Surat Terakhir Abah Merupakan Satu Petanda..

Faris